DUCATI Kekal Penguasaan, Terpantas Hari Pertama Ujian Di Qatar

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

2/20/20242 min read

DUCATI terus membuktikan jentera yang dimiliki pengeluar Itali itu kekal terpantas di grid MotoGP ketika ini selepas menguasai hari pertama ujian pra-musim MotoGP 2024 di Qatar.

Selepas mencatatkan masa yang menakjubkan di Sepang menerusi jentera baharu Ducati GP24, Francesco Bagnaia sekali lagi merekodkan masa terpantas di Losail.

Begitupun, penyandang juara dunia MotoGP dari pasukan 'kilang' Ducati itu, yang melakukan catatan 1:52.040 saat (s) terus dicabar naib juara musim lalu, Jorge Martin.

Martin dari pasukan satelit Ducati, Pramac Racing namun turut menggunakan jentera spesifikasi terkini GP24 melakukan masa kedua terpantas, ketinggalan 0.220s di belakang Bagnaia.

Aprilia menerusi pelumba veterannya, Aleix Espargaro melakukan catatan ketiga terpantas, 1:52.332s diikuti pelumba KTM, Brad Binder yang melakukan 1:52.336s.

Ia kemudian diikuti pelumba yang menggunakan jentera Ducati GP23, Fabio di Giannantonio dari pasukan VR46.

Sementara itu, Johann Zarco muncul pelumba Honda terpantas di Qatar selepas melakukan catatan ke-9 terpantas dengan pelumba terpantas Yamaha dilakukan Fabio Quartararo.

Sementara itu, Marc Marquez tampak sedikit bergelut apabila melakukan catatan ke-16 terpantas.

Dari sudut kelajuan, jentera Ducati GP24 jelas paling laju dengan Bastianini merekodkan 355.3 km/j.

Kembali menunggang pada sesi kali ini adalah pelumba pasukan Trackhouse, Raul Fernandez yang sebelum ini mengalami kecederaan di Sepang.

Tidak seperti di Malaysia, ujian pra-musim MotoGP di Qatar hanya berlangsung selama dua hari dan berakhir, awal pagi nanti.

Dan berikut adalah catatan terpantas dilakukan oleh setiap pelumba pada hari pertama ujian rasmi pra-musim MotoGP 2024 di Qatar.

1. Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo, 1:52.040s

2. Jorge Martin (ESP) Prima Pramac, 1:52.260s

3. Aleix Espargaro (ESP) Aprilia Racing, 1:52.332s

4. Brad Binder (RSA) Red Bull KTM Factory, 1:52.336s

5. Fabio Di Giannantonio (ITA) Pertamina Enduro VR46, 1:52.467

6. Maverick Vinales (ESP) Aprilia Racing, 1:52.495

7. Alex Marquez (ESP) Gresini Racing, 1:52.556

8. Enea Bastianini (ITA) Ducati Lenovo, 1:52.589

9. Johann Zarco (FRA) LCR Honda, 1:52.632

10. Fabio Quartararo (FRA) Monster Energy Yamaha, 1:52.637

11. Marco Bezzecchi (ITA) Pertamina Enduro VR46, 1:52.799

12. Raul Fernandez (ESP) Trackhouse, 1:52.814

13. Joan Mir (ESP) Repsol Honda, 1:52.823

14. Jack Miller (AUS) Red Bull KTM Factory, 1:52.896

15. Pedro Acosta (ESP) Red Bull GASGAS Tech3, 1:52.938

16. Marc Marquez (ESP) Gresini Racing, 1:52.959

17. Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda, 1:53.208

18. Luca Marini (ITA) Repsol Honda, 1:53.433

19. Alex Rins (ESP) Monster Energy Yamaha, 1:53.642

20. Augusto Fernandez (ES) Red Bull GASGAS Tech3, 1:53.755

21. Miguel Oliveira (POR) Trackhouse, 1:53.943

22. Michele Pirro (ITA) Prima Pramac, 1:54.509

23. Cal Crutchlow (GB) Yamaha Factory, 1:54.511