DUCATI Lagi, Giliran Enea Bastianini Catat Masa Terpantas Hari Kedua Ujian Di Sepang!

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

2/7/20242 min read

DUCATI terus membuktikan mereka memiliki jentera paling kompetitif di grid MotoGP ketika ini selepas juara GP Malaysia 2023, Enea Bastianini merakam catatan masa terpantas hari kedua ujian rasmi pra-musim MotoGP 2024 di Sepang, hari ini.

Lebih menarik, pelumba pasukan 'Factory' Ducati Lenovo itu melakukan catatan yang memecah rekod terpantas Petronas SIC iaitu 1 minit 57.134 saat (s) yang dilakukan pada penghujung sesi ujian.

Pelumba yang merekod masa terpantas semalam, Jorge Martin (Pramac Ducati) terus konsisten apabila melakukan 1:57.273s untuk mencatatkan masa kedua terpantas.

Pengeluar Austria, KTM turut menunjukkan kemampuan yang menyaksikan Brad Binder merakam masa ketiga terpantas, 1:57.327s.

Secara keseluruhan, seramai 23 pelumba turun ke litar, hari ini yang menyaksikan pelumba Trackhouse Aprilia, Brad Binder terpaksa diketepikan susulan kecederaan dan digantikan dengan Lorenzo Savadori.

Fernandez yang juga bekas pelumba RNF Aprilia menyertai pelumba Pramac Ducati, Franco Morbidelli yang tidak melakukan kunjungan ke Malaysia bagi menumpukan proses pemulihan daripada kecederaan.

Selain 20 pelumba utama, tiga pelumba ujian adalah Cal Crutchlow (Yamaha) dan Michele Pirro dari Ducati yang juga pengganti Morbidelli.

Apa yang menarik, 11 pelumba melakukan catatan bawah 1 minit 57 saat diketuai Bastianini, Martin, Binder, Espargaro (Aprilia Racing), Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo), Fabio Di Giannantonio (Pertamina Enduro VR46), Alex Marquez (Gresini Racing), Pedro Acosta (Red Bull GASGAS Tech3), Marco Bezzecchi (Pertamina Enduro VR46 Racing), Joan Mir (Repsol Honda dan pelumba Monster Yamaha, Fabio Quartararo.

Sementara itu, Marc Marquez tampak sedikit bergelut apabila sekadar mencatatkan masa ke-14 terpantas dengan pelumba satelit terbaik dilakukan oleh jaguh VR46, Di Giannantonio.

Yamaha dalam pada itu memiliki jentera paling laju di litar selepas mencatatkan kelajuan terpantas 338.5 km/j, hari ini.

Hari ketiga ujian rasmi pra-musim MotoGP 2024 dijadual menutup tirainya dengan kemasukan penonton ke Grand Stand adalah percuma bermula 10 pagi hingga 6 petang.

Berikut catatan masa terpantas hari kedua ujian rasmi pra-musim MotoGP 2024:

1. Enea Bastianini (ITA) Ducati Lenovo, 1:57.134s

2. Jorge Martin (ESP) Prima Pramac Racing, 1:57.273s

3. Brad Binder (RSA) Red Bull KTM Factory Racing, 1:57.327s

4. Aleix Espargaro (ESP) Aprilia Racing, 1:57.446s

5. Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo, 1:57.469s

6. Fabio Di Giannantonio (ITA) Pertamina Enduro VR46 Racing, 1:57.619s

7. Alex Marquez (ESP) Gresini Racing, 1:57.672s

8. Pedro Acosta (ESP) Red Bull GASGAS Tech3, 1:57.726s

9. Marco Bezzecchi (ITA) Pertamina Enduro VR46 Racing, 1:57.867s

10. Joan Mir (ESP) Repsol Honda, 1:57.872s

11. Fabio Quartararo (FRA) Monster Energy Yamaha, 1:57.888s

12. Johann Zarco (FRA) LCR Honda, 1:58.011s

13. Alex Rins (ESP) Monster Energy Yamaha, 1:58.110s

14. Marc Marquez (ESP) Gresini Racing, 1:58.118s

15. Jack Miller (AUS) Red Bull KTM Factory Racing, 1:58.300s

16. Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda, 1:58.372s

17. Luca Marini (ITA) Repsol Honda, 1:58.394s

18. Maverick Vinales (ESP) Aprilia Racing, 1:58.456s

19. Miguel Oliveira (POR) Trackhouse Racing, 1:58.549

20. Augusto Fernandez (ESP) Red Bull GASGAS Tech3, 1:58.915s

21. Cal Crutchlow (GBR) Yamaha Factory Racing, 1:58.990s

22. Lorenzo Savadori (ITA) Aprilia, 1:59.676s

23. Michele Pirro (ITA), Prima Pramac, 1:59.702s