DUCATI Malaysia Perkenal Waranti Kilang 3 Tahun Ever Red

TERKINI

3/11/20241 min read

DUCATI Malaysia, dalam usaha untuk meningkatkan keyakinan para pelanggannya tampil memperkenalkan inisiatif jaminan menarik terbaharu dikenali Waranti Kilang 3 Tahun Ever Red.

Seperti namanya, Waranti Kilang 3 Tahun Ever Red adalah jaminan komprehensif selama 3 tahun termasuk perbatuan tanpa had untuk semua pembelian barisan model Ducati dan Scrambler Ducati 2024 di Malaysia.

Dan inisiatif terbaharu Ducati Malaysia ini tersedia untuk pembelian bermula dari 1 Mac 2024.

Menurut Ducati Malaysia, Waranti Kilang 3 Tahun Ever Red adalah langkah penting dan membuktikan komitmen syarikat itu untuk menyediakan sokongan dan ketenangan minda kepada pelanggannya.

Selain itu, ia turut meningkatkan keyakinan terhadap jenama Ducati terutama dari sudut kualiti dan ketahanan motosikalnya menerusi penggunaan alat ganti tulen Ducati.

Ketua Pegawai Operasi Ducati Malaysia, Dennis Michael berkata inisiatif Waranti Kilang 3 Tahun Ever Red adalah bukti Ducati Malaysia terhadap komuniti Ducati tempatan dan untuk memastikan para pelanggannya menikmati pemiliki motosikal buatan Itali itu tanpa kebimbangan.

"Program ini penting bagi komuniti kami dan ia memberikankan jaminan dan sokongan yang wajar serta memberi faedah yang lebih bernilai serta keyakinan dalam pemilikan motosikal Ducati."

Untuk maklumat lanjut mengenai Waranti Kilang Ever Red 3 Tahun atau barisan model-model Ducati, boleh lawati pusat pengedar Ducati di seluruh negara atau ikuti media sosial Ducati Malaysia di Facebook dan Instagram.