DUCATI Nampak Terlalu Kuat - Toprak Razgatlioglu

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

5/1/20251 min read

PELUMBA WorldSBK BMW, Toprak Razgatlioglu mengakui Ducati memiliki segala kelebihan ketika dia membuat debutnya di Cremona, Itali pada Pusingan 4 Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2025, minggu ini.

Jaguh Turki itu tidak beraksi pada pusingan di Itali pada tahun lalu susulan kemalangan ngeri yang dihadapinya di Perancis yang menyaksikannya terlepas enam perlumbaan.

Tanpa kelibatnya, Ducati pada musim lalu menjuarai ketiga-tiga perlumbaan di Cremona tetapi menariknya menerusi pelumba pasukan satelit, Danilo Petrucci.

Ducati turut hampir membolot keseluruhan kedudukan podium di litar berkenaan pada tahun lalu menerusi pendahulu kejuaraan ketika ini, Nicolo Bulega, Alvaro Bautista dan Andrea Iannone dengan satu-satunya kedudukan podium yang terlepas daripada pengeluar Itali itu adalah ketika Perlumbaan Superpole kepada pelumba Kawasaki, Alex Lowes.

"Tahun lalu, saya hanya menunggang selama sehari (di Cremona) dan saya hanya melakukan 40 pusingan, 50 pusingan, tidak lebih daripada itu," kata kata Razgatlioglu kepada WorldSBK.com.

"Saya juga tidak pernah berlumba di sini, hanya menontonnya di televisyen. Saya tidak tahu, saya tidak mempunyai sebarang idea, kita lihat apa yang akan berlaku di Cremona

"Saya akan cuba untuk melakukan yang terbaik sekali lagi, tetapi nampaknya Ducati amat kuat ketika ini dan mereka juga kuat di sini pada tahun lalu.

"Tetapi kita akan lihat bagaimana keadaannya, saya berharap kami mendapat pelarasan yang baik secepat yang mungking untuk bersaing merebuat kejuaraan di sini sekali lagi."

Selepas memenangi Perlumbaan Superpole di Assen, Belanda, Razgatlioglu bergelut pada Perlumbaan 2 selepas menamatkan saingan di tempat ke-8 dan ketika ini menghuni tangga kedua keseluruhan carta WorldSBK di belakang Bulega.