DUCATI Panigale V2 2025 Tiba di Malaysia, Harga Mula RM 125k!
Selain rekaan serba baharu yang mengikut 'lenggok' generasi terbaharu Ducati Panigale V4, perubahan paling signifikan pada Ducati Panigale V2 2025 terletak pada unit kuasanya
PELANCARAN
8/22/20251 min read


DUCATI Malaysia meningkatkan penawarannya di pasaran tempatan dengan melancarkan model 'SuperSports' berprestasi, Ducati Panigale V2 2025.
Hadir dengan enjin serba baharu, casis yang dipertingkatkan, dan pakej elektronik canggih, Ducati Panigale V2 2025 direka semula untuk menjadikan prestasi sebuah jentera SuperSport yang lebih intuitif, ringan dan mudah diakses oleh lebih ramai penunggang.
Ditawarkan dalam dua varian, Standard dan S, Ducati Panigale V2 2025 kini boleh ditempah di semua pengedar sah Ducati Malaysia di seluruh negara dengan harga jualan asas bermula dari RM 125,000.
Selain rekaan serba baharu yang mengikut 'lenggok' generasi terbaharu Ducati Panigale V4, perubahan paling signifikan pada Ducati Panigale V2 2025 terletak pada unit kuasanya.
Ia kini dijana oleh enjin serba baharu bersesaran 890 cc, 2 Silinder V2, dengan teknologi Intake Variable Valve Timing (IVT). Teknologi ini membolehkan enjin menghasilkan lengkungan tork yang luas, memberikan pecutan yang kuat di sepanjang julat putaran enjin.
Kuasa yang dihamburkan adalah sebesar 120 Hp @ 10,750 rpm dengan tork 93.3 Nm @ 8,250 rpm.
Justeru, menurut Ducati Malaysia, Ducati Panigale V2 2025 bukan sahaja mantap dilayan di litar, tetapi juga responsif dan menyeronokkan untuk tunggangan di jalan raya.
Mengulas rekaannya, Ducati Panigale V2 2025 jelas mirip abangnya Ducati Panigale V4 yang menampilkan rekaan lampu LED yang garang, aerodinamik, dan bahagian ekor yang diilhamkan dari jentera MotoGP.
Seperti Ducati Panigale V4 generasi terbaharu, Ducati Panigale V2 2025 turut menggunakan Dual-Sided Swingarm dan keseluruhan hanya memiliki berat 179.
Untuk Ducati Panigale V2 S 2025, ia tampil dengan sistem suspensi boleh laras sepenuhnya dari Ohlins, brek kaliper Brembo Monobloc M50.
Menggunakan Unit Pengukuran Inersia (IMU) 6-paksi yang mengawal keseluruhan suit elektronik termaju, Ducati Panigale V2 2025 tampil dengan pelbagai ciri seperti ABS Cornering, Ducati Traction Control (DTC), Ducati Wheelie Control (DWC), Engine Brake Control (EBC) dan Ducati Quick Shift (DQS) 2.0.
Info lain:
Panel meter TFT 5-inci
4 mod tunggangan (Race, Sport, Street, Wet)








