DUCATI Sahkan Fermin Aldeguer Berlumba Di Pramac

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

3/21/20241 min read

DUCATI Corse menamatkan teka-teki mengenai pasukan yang bakal disertai pelumba muda, Fermin Aldeguer di MotoGP dengan mengesahkan destinasinya pada 2025 adalah bersama Pramac Racing.

Pelumba berusia 18 tahun itu menandatangani kontrak dua tahun bagi musim 2025 hingga 2026 dengan pilihan dua tahun lagi bersama Ducati beberapa hari lalu.

Ketika ditanya mengenai di mana Aldeguer bakal ditempatkan, Pengarah Sukan Ducati yang baharu, Mauro Grassilli menjelaskan ia bukan pasukan utama Ducati Lenovo.

"Sudah tentu ia adalah Pramac," katanya. "Kami mempunyai pilihan dengan mereka untuk masa depan. Jika mereka melakukan pilihan ini, mereka akan memiliki Fermin untuk dua tahun akan datang."

Aldeguer yang memenangi empat perlumbaan Moto2 berturut-turut termasuk di GP Malaysia musim lalu menjadi buruan ramai pengeluar pada musim sejuk lepas.

“Saya bercakap dengan Gigi Dall’Igna yang berkata masa depan kita adalah Fermin, jadi cuba dapatkannya," Grassilli. "Saya fikir dia adalah masa depan.

"Dia memiliki kontrak dua tahun tambah dua tahun. Tahun depan dia berada di pasukan satelit, bukan kami. Dan selepas itu kita lihat, selepas dua tahun," katanya.

Aldeguer dalam itu percaya keputusan itu masih boleh berubah bergantung kepada prestasinya di kempen Moto2 musim ini.

Bersama Pramac, Aldeguer akan berlumba menggunakan jentera spesifikasi terkini Desmosedici GP25 dengan pasukan itu ketika ini dibarisi dua pelumba, Jorge Martin dan Morbidelli.