DUCATI Tak Tercabar Hari Pertama MotoGP GP Malaysia 2023, Alex Marquez Paling Laju

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

11/10/20233 min read

DUCATI Tak Tercabar Hari Pertama MotoGP GP Malaysia 2023, Alex Marquez Paling Laju

AKSI MotoGP pada hari pembukaan Grand Prix (GP) Malaysia 2023 menyaksikan penguasaan penuh jentera Ducati pada kedua-dua sesi latihan bebas dengan Alex Marquez merekodkan catatan terpantas.

Tidak seperti diramalkan, tiada hujan turun di Sepang pada kedua-dua sesi latihan bebas dengan sesi Latihan Bebas 1 dikuasai pencabar kejuaraan, Jorge Martin dari Pramac Ducati.

Tampak seperti akan meneruskan penguasaannya pada sesi Latihan Bebas 2, catatan terbaik Martin, 1 minit 59.513 saat (s) begitupun berjaya dicantas pelumba Gresini Ducati, Alex yang melakukan 1'57.823 s.

Pada sesi Latihan Bebas 1, ketiga-tiga pelumba yang mengisi carta teratas adalah daripada Ducati dengan Alex di tangga kedua dan rakan sepasikan Martin, Johann Zarco di kedudukan ketiga terpantas.

Begitupun, catatan yang mereka lakukan pantas dicantas pada sesi kedua.

Sementara itu, antara nama-nama besar yang terlepas untuk mengisi slot automatik ke Kelayakan 2 adalah bintang Repsol Honda, Marc Marquez dan pelumba Aprilia, Aleix Espargaro.

Minit-minit terakhir sesi Latihan Bebas 2 turut menyaksikan kemalangan membabitkan pelumba RNF Racing, Raul Fernandez yang mengakibatkan beberapa pelumba kehilangan masa.

Sekalipun menyaksikan dirinya diikuti tiga pelumba Honda, Marquez, Joan Mir dan Takaaki Nakagami, Martin berjaya melakukan catatan yang dianggap baik pada pusingan kedua terakhirnya.

Tetapi ia masih tidak mencukupi selepas catatan itu dipintas Alex.

Ketiga terpantas sesi Latihan Bebas 2 adalah pelumba Australia dan KTM, Jack Miller diikuti rakan sepasukannya, Brad Binder di tangga keempat dengan pelumba terbaik Aprilia, Maverick Vinales di tangga kelima.

Luca Marini dari pasukan VR46 Ducati mengisi tangga keenam terpantas diikuti Fabio Quartararo dari Yamaha manakala Francesco Bagnaia yang bergelut pada sesi pagi melakukan catatan kelapan terpantas.

Melengkapkan senarai automatik ke sesi Kelayakan 2 MotoGP esok adalah rakan sepasukan Marini, Marco Bezzecchi dan Johann Zarco.

Begitupun pelumba paling malang pastinya tertuju kepada jaguh Aprilia, Aleix Espargaro yang terjatuh sebanyak tiga kali sepanjang sesi latihan bebas dan terpaksa berpuas hati di tangga ke-20 terpantas.

Sementara itu, juara dunia WorldSBK 2023, Alvaro Bautista mengisi kedudukan ke-22 terpantas dan melakukan catatan hampir 3 saat lebih perlahan berbanding Alex.

Manakala kedudukan tercorot diisi seorang lagi pelumba WorldSBK namun dari Honda, Iker Lecuona yang berlumba menggantikan Alex Rins yang masih belum pulih.

Keputusan Sesi Latihan Bebas 1 MotoGP GP Malaysia 2023

1. Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP23) 1'59.513s

2. Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP22) +0.049s

3. Johann Zarco (FRA) Pramac Ducati (GP23) +0.401s

4. Franco Morbidelli (ITA) Monster Yamaha (YZR-M1) +0.542s

5. Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1) +0.621s

6. Luca Marini (ITA) Mooney VR46 Ducati (GP22) +0.729s

7. Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Racing (RS-GP23) +0.731s

8. Marco Bezzecchi (ITA) Mooney VR46 Ducati (GP22) +0.738s

9. Pol Espargaro (SPA) Tech3 GASGAS (RC16) +0.785s

10. Augusto Fernandez (SPA) Tech3 GASGAS (RC16) +0.954s

11. Jack Miller (AUS) Red Bull KTM (RC16) +1.006s

12. Miguel Oliveira (POR) RNF Aprilia (RS-GP22) +1.081s

13. Raul Fernandez (SPA) RNF Aprilia (RS-GP22) +1.267s

14. Fabio Di Giannantonio (ITA) Gresini Ducati (GP22) +1.356s

15. Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP23) +1.375s

16. Enea Bastianini (ITA) Ducati Lenovo (GP23) +1.389s

17. Marc Marquez (SPA) Repsol Honda (RC213V) +1.597s

18. Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16) +1.665s

19. Joan Mir (SPA) Repsol Honda (RC213V) +1.835s

20. Maverick Viñales (SPA) Aprilia Racing (RS-GP23) +1.839s

21. Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V) +2.024s

22. Alvaro Bautista (SPA) Aruba.It Ducati (GP23) +3.003s

23. Iker Lecuona (SPA) LCR Honda (RC213V) +3.780s

Keputusan Sesi Latihan Bebas 2 MotoGP GP Malaysia 2023

1. Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP22) 1'57.823s

2. Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP23) +0.174s

3. Jack Miller (AUS) Red Bull KTM (RC16) +0.409s

4. Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16) +0.484s

5. Maverick Viñales (SPA) Aprilia Racing (RS-GP23) +0.489s

6. Luca Marini (ITA) Mooney VR46 Ducati (GP22) +0.511s

7. Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1) +0.576s

8. Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP23) +0.597s

9. Marco Bezzecchi (ITA) Mooney VR46 Ducati (GP22) +0.627s

10. Johann Zarco (FRA) Pramac Ducati (GP23) +0.664s

11. Franco Morbidelli (ITA) Monster Yamaha (YZR-M1) +0.748s

12. Enea Bastianini (ITA) Ducati Lenovo (GP23) +0.782s

13. Augusto Fernandez (SPA) Tech3 GASGAS (RC16) +0.855s

14. Fabio Di Giannantonio (ITA) Gresini Ducati (GP22) +0.886s

15. Marc Marquez (SPA) Repsol Honda (RC213V) +0.965s

16. Joan Mir (SPA) Repsol Honda (RC213V) +1.079s

17. Pol Espargaro (SPA) Tech3 GASGAS (RC16) +1.151s

18. Raul Fernandez (SPA) RNF Aprilia (RS-GP22) +1.201s

19. Miguel Oliveira (POR) RNF Aprilia (RS-GP22) +1.327s

20. Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Racing (RS-GP23) +1.903s

21. Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V) +1.932s

22. Alvaro Bautista (SPA) Aruba.It Ducati (GP23) +2.547s

23. Iker Lecuona (SPA) LCR Honda (RC213V) +2.628s