JUARA dunia MotoGP musim ini, Marc Marquez seperti diketahui tidak akan membuat penampilan di Grand Prix (GP) Malaysia tahun ini dan tempat juara dunia sembilan kali itu digantikan dengan pelumba ujian, Michele Pirro, umum Ducati Corse di GP Australia.
Pengarah Kesukanan Ducati Ducati, Mauro Grassilli mengesahkan perkara itu ketika ditemui pada sesi latihan pembukaan di Phillip Island.
Lebih mengecewakan, dia juga enggan memberikan jangka masa mengenai bila Marquez akan kembali ke litar.
“Kami berhubung setiap hari dengan pengurusan Marc, tetapi masih tiada kepastian. Apa yang boleh saya sahkan, Michele Pirro akan beraksi di Sepang,” kata Grassilli.
Marquez, juara dunia sembilan kali, mengalami patah tulang serta kerosakan ligamen bahu kanan selepas dirempuh Marco Bezzecchi pada pusingan pembukaan di GP Indonesia.
Pelumba Sepanyol itu pada awalnya cuba mengelak pembedahan namun membuat pusingan 'U' untuk selepas proses pemulihan tidak menunjukkan perkembangan positif.
Marquez sebelum ini menyasarkan untuk kembali sebelum musim berakhir di Valencia pada pertengahan November, namun menegaskan tidak mahu mengulangi kesilapan 2020 apabila kembali terlalu awal daripada kecederaan patah lengan.
Pakar perubatan sebelum ini menjangkakan kecederaan seumpama itu lazimnya memerlukan tempoh pemulihan sehingga 16 minggu.
Sebelum ini, antara nama yang dinamakan sebagai pengganti Marque adalah seperti pencabar kejuaraan WorldSBK, Nicolo Bulega.
Begitupun, Bulega yang memiliki kontrak ujian MotoGP bermula 2026, merendah diri dengan menyatakan kesukaran untuk terus menyertai perlumbaan MotoGP tanpa sesi ujian terlebih dahulu.
Seperti diketahui, Marquez berdepan kecederaan yang serius ketika GP Indonesia susulan kemalangan dengan pelumba Aprilia, Marco Bezzecchi.