DUIT Bukan Faktor Utama Kekal Di Aprilia - Jorge Martin
Selepas beberapa bulan berdepan kemelut membabitkan kontrak, Jorge Martin yang berdepan pelbagai siri kecederaan serius itu kembali berlumba di Grand Prix Rep. Czech GP di Brno sebelum mengumumkan dia akan menghormati kontraknya bersama pengeluar Aprilia
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
8/10/20251 min read


PENYANDANG juara dunia MotoGP, Jorge Martin menegaskan duit bukan faktor utama dia membuat pusingan 'U' untuk kekal bersama Aprilia bagi musim depan.
Selepas beberapa bulan berdepan kemelut membabitkan kontrak, pelumba kelahiran Sepanyol yang berdepan pelbagai siri kecederaan serius itu kembali berlumba di Grand Prix Rep. Czech GP di Brno sebelum mengumumkan dia akan menghormati kontraknya bersama pengeluar Itali itu.
Sebelum itu, Martin dan pengurusnya Albert Valera berusaha untuk meninggalkan pasukan itu dengan mengaktifkan klausa kontrak namun Aprilia jelas tidak mahu mengalah malah akan mengunakan perundangan bagi mengelak situasi itu daripada terjadi.
Dalam temuramah bersama penyiar Sepanyol, DAZN, Jorge Martin explained that while financial considerations were present, they weren’t what motivated him.
"Tidak, aspek kewangan jelas sentiasa akan ada, ia sentiasa penting, tetapi ia bukan sesuatu yang mendorong saya," kata Martin. "Saya sentiasa cuba mencari pilihan kesukanan yang terbaik, ia adalah sesuatu yang bapa saja ajar saya sejak saya kecil."
"Apabila kamu mendapat keputusan, aspek kewangan akan menyusul."
Martin turut memuji prestasi yang ditampilkan oleh rakan sepasukannya Marco Bezzecchi dan menyifatkan ia akan faktor utama dia membuat keputusan untuk kekal.
Sejak beberapa bulan lalu, Bezzecchi berjaya menampilkan persembahan yang meyakinkan termasuk meraih kemenangan di Silverstone dan kejayaan podium di Assen, Sachsenring dan Brno.
"Ia bukan berkait apa yang memotivasikan saya. Apa yang memberi motivasi kepada saya adalah apa yang saya percaya terbaik untuk masa depan saya, dan kini saya percaya ia adalah berada di sini bersama Aprilia.
"Sekarang, melihat kerja yang mereka lakukan dan bagaimana prestasi jentera, saya bodoh jika tidak menimbangkan untuk kekal. Pada akhirnya, ia adalah sesuatu yang saya lakukan, saya komited sepenuhnya untuk bertarung sekali lagi."
