EDISI Istimewa Yamaha Y15ZR SE (2023) Diperkenalkan, Ada 'Kit' Aero, RM 9.5k!

PELANCARAN

8/16/20231 min read

SEPERTI tak rela populariti 'YSuku' atau Yamaha Y15ZR mengendur, pihak Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus mengemaskini penawaran motosikal 'Super moped' popular itu menerusi pengenalan edisi istimewa Yamaha Y15ZR SE (2023).

Sebagai model edisi istimewa, Yamaha Y15ZR SE (2023) dipadankan dengan pilihan skema warna dan corak grafik yang tampak cukup eksklusif, kemas dan sedap mata memandang.

Tetapi apa yang lebih menarik, ia bukan sekadar membabitkan 'kejuruteraan cover set', namun turut datang pakej 'Aerokit' atau kit aero ala jentera perlumbaan.

Selain 'visor' angin, kita aero itu turut meliputi 'air scoop' di bahagian depan dan belakang yang diposisikan di bahagian 'fairing'.

Tiada perubahan dari sudut rekaan asas serta mekanikal. Justeru, motosikal kapcai ini kekal dengan penggunaan enjin bersesaran 150 cc, 1 Silinder, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC yang digandingkan dengan transmisi 5 kelajuan klac manual.

Patuh piawaian EURO4, kuasa yang dihamburkan adalah 11.6 kW pada 8,500 rpm dan tork 14.4 Nm pada 6,500 rpm.

Dijual pada harga asas RM 9,498 (Tak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan, dan insuran), kepada yang berminat, Yamaha Y15ZR SE (2023) sudah pun berada di cawangan pengedar sah HLYM ketika ini.

Seperti biasa, setiap pembelian turut berpeluang menerima kunci cakera keselamata Yamaha bernilai RM 100.