EDISI Terakhir Suzuki V650 (2025) Kini Di Malaysia, RM 29.9k!
PELANCARAN
4/19/20251 min read


SUZUKI Malaysia, hari ini mengumumkan versi 'Edisi Terakhir' untuk model 'Naked' retro popular jenama Jepun itu, Suzuki SV650 (2025) untuk pasaran tempatan.
Seperti pernah didedahkan sebelum ini, motosikal yang sudah berada di pasaran sejak 18 tahun lalu itu dijual pada harga asas menarik hanya RM 29,900.
Harga yang dinyatakan begitupun tidak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insuran dan sudah pun berada di cawangan Suzuki Big Bike World dan Suzuki Station Plus seluruh negara.
Dan apa yang lebih menarik, sekali pun tampil dengan harga mengujakan, model yang diberi julukan 'Spirit of the Samurai' ini adalah model CBU (Import penuh dari Japun).
Tiga pilihan warna itawarkan iaitu Pearl Vigor Blue/Metallic Mat Black No.2, Pearl Mat Shadow Green/Metallic Mat Black No.2 dan Metallic Mat Black No.2.
Dipadankan dengan trenkuasa menarik 645 cc, V-Twin 90-Darjah, DOHC, menurut Suzuki Malaysia ia kini sudah menepati piawaian emisi Euro5.
Bersama transmisi 6 kelajuan klac manual, kuasa dihamburkan adalah 74.9 Hp pada 8,500 rpm dan tork 59.9 Nm pada 8,000 rpm.
Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik konvensional (depan) dan penyerap hentak tunggal (belakang) dengan ciri pelarasan preload.
Brek pula dijana cakera berkembar 290 mm dengan kaliper Nissin (depan) dan brek cakera tunggal (belakang) lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.
Set roda adalah 120/70-17 (depan) dan 160/70-17 (belakang).
Antara ciri-ciri menarik dan informasi lain adalah ia memiliki sistem Suzuki Easy Start dan Suzuki Low RPM Assist, berat 197 kg, tangki bahan api 14 liter dan ketinggian pelana 785 mm.






