EDISI Terhad Harley-Davidson Tobacco Fade (2024) Buat Kemunculan Di MA 2024

PELANCARAN

5/24/20241 min read

HARLEY-Davidson Malaysia, bersempena Malaysia Autoshow 2024 yang sedang berlangsung melancarkan model terbaharu dalam segmen 'Enthusiast Motorcycle Collection' - Harley Davidson Tobacco Fade (2024).

Dua model dibawa masuk iaitu Harley Davidson Low Rider Tobacco Fade (2024) yang dijual pada harga (asas) RM 164,900 dengan unit yang tersedia untuk pasaran Malaysia hanya lima.

Manakala untuk Harley-Davidson Ultra Limited Tobacco Fade (2024), harga jualan (asas) yang diumumkan adalah RM 244,900 dan hanya satu unit tersedia dan dikatakan sudah pun 'disambar' peminatnya.

Sebagai info, model Tobacco Fade baru saja dilancarkan di peringkat global pada awal tahun ini.

Dan seperti model dalam versi 'Enthusiast Motorcycle Collection', semburan cat dan corak grafik kedua-dua model dihasilkan secara 'kustom' dari kilang dan dilakukan secara teliti, premium dan berteknologi.

Untuk 'Tobacco Fade' ia mendapat ilham daripada kemasan kayu 'sunburst' klasik yang pertama kali dilihat pada gitar rock and roll, bas dan dram pada tahun 1960-an yang menjadikannya cukup istimewa untuk mana-mana pencinta muzik.

Lebih istimewa, hanya 2k unit untuk kedua-dua model berkenaan yang dipacu trenkuasa Milwaukee-Eight 117 V-Twin ini dihasilkan untuk pasaran dunia.

Selain debut Harley Davidson Tobacco Fade (2024), Harley-Davidson Makaysia sempena Malaysia Autoshow 2024 turut membuat promosi yang boleh dianggap cukup menarik.

Antara paling menarik pastinya tawaran rebat untuk model seperti Harley-Davidson Street Glide dan Tour Glide yang mencecah RM 20k manakala Harley-Davidson Softtail turut mendapat rebat RM 14k dan pelbagai lagi.

Dan kepada yang berminat, anda perlu cepat kerana unit yang tersedia katanya terhad.