ELAK Kesilapan Jadi Tumpuan Marc Marquez
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
6/7/20251 min read


PENDAHULU carta kejuaraan MotoGP 2025, Marc Marquez berkata dia memerlukan tumpuan yang lebih di Grand Prix (GP) Aragon bagi mengelak sebarang kesilapan sebagai contoh seperti dilakukan di Silverstone sebelum ini.
Pelumba pasukan 'kilang' Ducati Lenovo itu tiga kali terjatuh pada perlumbaan GP setakat ini dan lebih mengecewakan, ketika di posisi berpeluang pendahulu atau mampu menang.
Marquez diselamatkan kibaran bendera merah di GP British dua minggu lalu apabila perlumbaan dimulakan semula sebelum menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.
Sekali pun dilihat berpeluang cerah untuk meraih kemenangan selepas mendominasi sesi latihan bebas pada Jumaat, semalam, pelumba kelahiran Sepanyol itu mengakui Aragon bukan litar yang mudah buatnya.
"Sudah tentu, ia lebih mudah berbanding beberapa litar lain. Sebagai contoh, Silverstone di mana saya bergelut dengan jentera, saya menunggang dengan keadaan fizikal yang lebih menuntut kerana saya bergelut dengan gaya tunggangan asal saya.
"Di sini, segala-galanya datang lebih semula jadi tetapi ia juga memerlukan tumpuan tambahan untuk tidak membuat sebarang kesilapan.
"Apabila kamu merasa bagus dan terlalu berlebihan di selekoh apabila kamu merasa baik, kamu boleh melakukan kesilapan.
"Saya mahu kekal fokus. Tetapi saya cuba untuk memahami bagaimana untuk memberi tekanan apabila saya rasa, tidak bila... kadang kala situasi adalah kamu perlu menekan di beberapa pusingan tetapi mungkin kamu tidak merasanya.
"Jadi saya cuba untuk untuk memberi tumpuan untuk menekan apabila saya merasanya, dan mengelak situasi-situasi seperti ini. Pada situasi di mana kamu perlu memberikan tekanan, tetapi kamu tidak dapat merasainya, jadi jangan melakukannya."
