EMOS Rasmikan Cawangan Ke-4 Kawasaki All-Star Di Johor Bahru

TERKINI

4/2/20241 min read

EDARAN Modenas Sdn. Bhd. (EMOS), pengedar ekskusif jenama Kawasaki di Malaysia merasmikan pembukaan Kawasaki Johor Bahru (JB), semalam yang juga cawangan ke-4 pusat pameran berstatus Kawasaki All-Star di negara ini.

Apa yang menarik, turut berlangsung sempena pembukaan Kawasaki JB adalah majlis penyerahan tiga unit Modenas Ninja ZX-25RR (2024) - model terbaharu Kawasaki Malaysia kepada pemiliknya di Johor Bahru.

Merasmikan Kawasaki JB adalah Pengarah Kawasaki JB, QBee Ng, Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan dan Ketua Pegawai Pemasaran Modenas, George Kashiwagi.

Sebagai info, Kawasaki JB dikendalikan oleh pemain industri jualan motosikal terkemuka di Johor Bahru, Qbee Superbike Sdn. Bhd.

Dengan status sebagai Kawasaki All-Star, Kawasaki JB adalah pusat sehenti lengkap dan komprehensif jenama itu yang merangkumi pusat jualan, alat ganti, servis dan pameran selain turut menjual aksesori dan kelengkapan penunggang tulen Kawasaki.

Dan seperti Kawasaki-All Star lain, Kawasaki JB mempamerkan pelbagai jenis motosikal Kawasaki yang tersedia di Malaysia bermula dari kelas 250 cc hingga berstatus Superbike termasuk model yang dijenama semula sebagai Modenas antaranya Modenas Ninja ZX-25R SE dan RR.

Turut dijalankan ketika acara pembukaan itu yang berjaya menarik ratusan pengunjung adalah sesi tunggang uji dan cabutan bertuah.

EMOS dalam pada itu berkata syarikat itu merancang untuk membuka empat lagi cawangan Kawasaki All-Star di Malaysia menjelang penghujung tahun ini.

Kepada yang ingin mendapatkan lebih maklumat mengenai Modenas atau Kawasaki Malaysia, anda boleh layari laman web https://modenas.my/v2/ and/or http://www.kawasaki.com.my/home atau menghubungi talian bebas tol 1-800-880-008 atau menghubungi talian WhatsApp di +6019-570 8135.