ENEA Bastianini Dedah Sukar Nak Sesuaikan Diri Dengan KTM RC16
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
2/12/20251 min read


ENEA Bastianini mencetus kebimbangan kepada KTM sejurus hari pertama ujian pra-musim di Buriram, Thailand berakhir, hari ini apabila mengakui sulit untuk menyesuaikan diri dengan jentera KTM RC16.
Beraksi bersama pasukan Red Bull KTM Tech3, bekas pelumba Ducati Lenovo itu sekadar melakukan catatan ke-16 terpantas dan menjelaskan proses berkenaan lebih sukar daripada jangkaannya.
"Saya amat sibuk, terutama kerana saya tidak bermotivasi. Kami mencari banyak jalan penyelesaian. Pada akhirnya? Tiada apa-apa," kata Bastianini.
"Pada tengah hari kami cuba arah yang berbeza. Kami mencuba sesyatu yang berbeza daripada apa yang kebiasaan saya gemar. Pada akhirnya? Ia bagus dengan jentera ini.
"Masalah utama datang daripada diri saya sendiri kerana di minda saya, masih ada gaya Ducati."
Mengulas lanjut, pelumba kelahiran Itali itu mengakui 'terkejut' dengan perbezaan di antara jentera Ducati dan KTM.
"Ya, lebih sedikit," katanya. "Kerana di luar litar ia agak sama daripada luarannya. Tetapi dalaman? Ia cukup berbeza.
"Saya memerlukan lebih masa (daripada jangkaan) untuk selesa dan menjadi laju. Salah satu (perbezaan ketara) adalah penggunaan brek belakang. Ia amat bertentangan.
"Jika kamu menggunakan brek belakang di laluan lurus, bahagian belakang bergerak dengan banyak. Gegaran daripada belakang kemudian sampai ke depan.
"Tetapi untuk melakukan modifikasi perkara ini selepas beberapa tahun adalah sulit. Kamu memerlukan keputusan yang menakjubkan."
