ENEA Bastianini Menang Aksi Sprint Di Silverstone, Pecco, Marquez Jatuh
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
8/3/20242 min read


ENEA Bastianini akhirnya menjuarai Perlumbaan Sprint penuh mengujakan Grand Prix (GP) British 2024 di Silverstone yang menyaksikan pendahulu kejuaraan yang juga rakan sepasukannya di Ducati Lenovo, Francesco Bagnaia dipalit kemalangan.
Selain Bagnaia, turut berdepan nasib malang dan tidak menghabiskan perlumbaan adalah bakal rakan sepasukan Bagnaia musim depan yang juga juara dunia enam kali, Marc Marquez.
Berlangsung penuh menghiburkan, kejayaan di Silverstone adalah yang pertama buat Bastianini dalam Perlumbaan Sprint.
Tetapi kemenangan itu turut 'menyelamatkan' kedudukan Bagnaia sebagai pendahulu carta kejuaraan namun kini hanya dibezakan satu mata di depan Jorge Martin menamatkan perlumbaan di belakang Bastianini.
Melengkapkan kedudukan podium adalah rakan baik Martin, Aleix Espargaro daripada Aprilia Racing.
Memulakan perlumbaan di petak keempat, Martin pantas meletakkan dirinya di depan namun dihambat Bastianini dan Bagnaia di awal perlumbaan namun situasi itu tidak lama selepas penyandang juara dunia itu terjatuh seawal pusingan keempat.
Marquez yang sebelum ini memanfaatkan insiden yang berlaku kepada dua pelumba KTM, Pedro Acosta dan Brad Binder untuk mengisi tempat keempat jatuh ketika perlumbaan berbaki dua pusingan.
Turut mengalami kemalangan dan tidak menghabiskan perlumbaan adalah dua pelumba graduan akademi VR46, Franco Morbidelli (Pramac Racing) dan Marco Bezzecchi (VR46).
Kemalangan menyaksikan Bezzecchi perlu diangkat manakala Morbidelli mengalami kesukaran untuk bangun dengan insiden itu berada dalam siasatan.
Sekali lagi, pelumba-pelumba pengeluar Jepun terus bergelut dengan pelumba terbaik adalah Fabio Quartararo dari Monster Yamaha di kedudukan ke-12 manakala pelumba terbaik Honda diraih Johan Zarco (LCR Honda) di tempat ke-14.
Keputusan Perlumbaan Sprint GP British 2024
Enea Bastianini (ITA) Ducati Lenovo (GP24), 19m 49.929s
Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP24), +1.094s
Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Racing (RS-GP24), +2.023s
Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +8.644s
Pedro Acosta (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16)*, +8.777s
Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23), +9.043s
Jack Miller (AUS) Red Bull KTM (RC16), +11.504s
Maverick Viñales (SPA) Aprilia Racing (RS-GP24), +11.689s
Fabio Di Giannantonio (ITA) VR46 Ducati (GP23), +11.828s
Miguel Oliveira (POR) Trackhouse Aprilia (RS-GP24), +13.328s
Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +15.373s
Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP24), +18.234s
Augusto Fernandez (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16), +18.326s
Johann Zarco (FRA) LCR Honda (RC213V), +18.492s
Luca Marini (ITA) Repsol Honda (RC213V), +19.050s
Joan Mir (SPA) Repsol Honda (RC213V), +19.674s
Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V), +29.302s
Remy Gardner (AUS) Monster Yamaha (YZR-M1), +31.070s
Marc Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23), DNF
Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP24), DNF
Marco Bezzecchi (ITA) VR46 Ducati (GP23), DNF
Franco Morbidelli (ITA) Pramac Ducati (GP24), DNF
