ENEA Bastianini Takluk Aksi Sprint Di Buriram, Jorge Martin Tingkat Jurang

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

10/26/20241 min read

ENEA Bastianini menjuarai Perlumbaan Sprint Grand Prix (GP) Thailand 2024 yang menyaksikan Ducati mendominasi kesemua lapan kedudukan teratas di Buriram.

Memulakan perlumbaan di petak kedua, pelumba Ducati Lenovo Bastianini memperoleh permulaan yang baik yang menyaksikan pendahulu kejuaraan, Jorge Martin mengalami kesukaran.

Begitupun menarik, pelumba Pramac Ducati itu berjaya mencipta kebangkitan hebat untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua.

Melengkapkan kedudukan podium adalah rakan sepasukan Bastianini, Francesco Bagnaia.

Keputusan turut menyaksikan Martin terus meningkatkan jurang di puncak kepada 22 mata.

Sebelum perlumbaan, Martin dan Bagnaia dipisahkan dengan 20 mata.

Pelumba GasGas Tech3, Pedro Acosta pada awalnya tampak mampu untuk menghalang daripada 'Ducati Cup' berlaku di Buriram namun terjatuh.

Di kedudukan keempat adalah pemenang GP Australia, Marc Marquez dari Gresini Ducati diikuti rakan sepasukan yang juga adiknya, Alex Marquez ke-5.

Tempat keenam diisi rakan sepasukan Martin yang menggunakan jentera GP24, Franco Morbidelli dengan duo VR46 Ducati, Marco Bezzecchi dan Fabio Di Giannantonio melengkapkan kedudukan lapan terbaik.

Pelumba terbaik bukan Ducati adalah Brad Binder (KTM) dengan pelumba pengeluar Jepun terbaik menjadi milik Fabio Quartararo namun kedudukan ke-10 tidak memberikannya sebarang mata.

Johann Zarco sekali lagi menjadi pelumba Honda terbaik di grid selepas menamatkan perlumbaan di tempat ke-12.

Keputusan Perlumbaan Sprint GP Thailand 2024

  1. Enea Bastianini (ITA) Ducati Lenovo (GP24)

  2. Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP24)

  3. Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP24)

  4. Marc Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23)

  5. Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23)

  6. Franco Morbidelli (ITA) Pramac Ducati (GP24)

  7. Marco Bezzecchi (ITA) VR46 Ducati (GP23)

  8. Fabio Di Giannantonio (ITA) VR46 Ducati (GP23)

  9. Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16)

  10. Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1)

  11. Jack Miller (AUS) Red Bull KTM (RC16)

  12. Johann Zarco (FRA) LCR Honda (RC213V)

  13. Joan Mir (SPA) Repsol Honda (RC213V)

  14. Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP24)

  15. Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Factory (RS-GP24)

  16. Augusto Fernandez (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16)

  17. Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1)

  18. Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V)

  19. Luca Marini (ITA) Repsol Honda (RC213V)

  20. Maverick Viñales (SPA) Aprilia Factory (RS-GP24)

  21. Lorenzo Savadori (ITA) Aprilia Factory (RS-GP24)

  22. Pedro Acosta (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16)