ETIQA MyRider Plus Diperkenalkan, Manfaat Lebih Besar!

Sebagai pelan 'add-on', Etiqa MyRider Plus menjadi perlindungan tambahan bagi polisi insurans Etiqa Comprehensive Motorcycle sedia ada yang memberi manfaat yang lebih besar kepada pemilik motosikal berkapasiti 250 cc dan ke atas

TERKINI

9/6/20261 min read

SYARIKAT insurans dan takaful antara terkemuka negara, Etiqa memperkenalkan pelan perlindungan tambahan (add-on) terbaharu yang dikenali sebagai Etiqa MyRider Plus.

Sebagai pelan 'add-on', ia menjadi perlindungan tambahan bagi polisi insurans Etiqa Comprehensive Motorcycle sedia ada yang memberi manfaat yang lebih besar kepada pemilik motosikal berkapasiti 250 cc dan ke atas.

Dan lebih menarik, ia melindungi kedua-dua penunggang dan pembonceng motosikal.

Untuk pelan Etiqa MyRider Plus, ia ditawarkan pada kadar premium RM 150 setahun atau sekitar 0.40 sen sehari.

Manfaat utama Etiqa MyRider Plus adalah seperti berikut:

  • Bantuan tepi jalan termasuk khidmat tunda tanpa had perbatuan seluruh semenanjung (3 kali)

  • Manfaat kematian akibat kemalangan (RM 10,000)

  • Manfaat hilang upaya kekal (RM 10,000)

  • Perbelanjaan perubatan (Sehingga RM 2,000)

  • Manfaat Ihsan (RM 500)

  • Elaun kesulitan akibat kehilangan/kerosakan motosikal (RM 500)

  • Elaun akibat banjir (RM 500)

Sebagai info, Etiqa turut menawarkan pelan polisi untuk pemilik motosikal bawah 250 cc ke bawah dikenali Etiqa MyRider.

Kepada yang berminat, pelanggan yang memperbaharui insurans motosikal secara terus di platform digital layak menikmati rebat segera sebanyak 10%.