EWD Lancar Kempen 'KTM aspiRC Trade Up' Tukar Beli KTM RC200, Stok Terhad!

TERKINI

10/19/20231 min read

PENGIMPORT dan pengedar rasmi jenama KTM di Malaysia, Eurotech Wheel Distribution Sdn Bhd (EWD) mengumumkan kempen terbaharu dikenali 'KTM aspiRC Trade Up' yang berupaya mengujakan peminat 'Sportbike' KTM RC200.

Menurut EWD, menerusi kempen 'KTM aspiRC Trade Up', ia membenarkan bakal pelanggan menukar motosikal lama mereka dengan motosikal KTM RC200 dengan tambahan RM 2,000 berdasarkan nilai pasaran motosikal lama mereka.

Antara kelebihan kempen 'KTM aspiRC Trade Up' ini adalah untuk membantu pelanggan berpotensi meningkatkan bayaran pendahuluan dan sekaligus akan mengurangkan bayaran balik pinjaman bulanan.

Selain itu, pelanggan juga berpotensi untuk mendapat peluang menerima pulangan tunai berdasarkan kadar nilai tukar beli motosikal lama mereka.

Sebagai info, EWD KTM RC200 generasi terbaharu yang lebih 'kacak' mendarat di pasaran Malaysia pada Ogos tahun lalu pada harga RM 15,888 (asas).

Sebagai model generasi baharu, KTM RC200 tampil dengan pelbagai penambahbaikkan antaranya lebih ringan selain penggunaan komponen premium antaranya di bahagian brek - Cakera tunggal 320 mm kaliper brek ByBre 4 Piston (depan) dan cakera tunggal 230 mm (belakang).

Sistem brek itu dimantapkan lagi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Supermoto.

Di bahagian suspensi, ia dipadankan fork jenama WP APEX big piston jenis terbalik (USD) di bahagian depan dan penyerap hentak tunggal juga dengan jenama WP APEX (belakang).

Di bahagian trenkuasa, motosikal ini dijana enjin bersesaran 199.5 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan api yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual. Kuasa yang dihamburkan adalah 25.4 Hp dan tork 19.5 Nm.

Ciri-ciri menarik lain termasuklah penggunaan panel meter digital LCD, lampu depan dan belakang LED serta kapasiti tangki bahan api sebesar 13.7 liter.

Kepada yang berminat, kempen 'KTM aspiRC Trade Up' ini sudah pun bermula sejak 15 Oktober lepas dan akan berakhir pada 15 Januari 2024. Tetapi jangan terlalu lewat kerana menurut KTM Motor Malaysia, unit KTM RC200 yang tersedia adalah terhad.