FABIO Di Giannantonio Tawan Catalunya Yang Dipenuhi Tragedi

Ia adalah kemenangan ke-2 MotoGP buat Fabio Di Giannantonio yang menyaksikan pelumba Itali itu turut menamatkan kemarau kemenangannya selama tiga tahun dan menariknya bersama pasukan berbeza

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

5/17/20261 min read

PELUMBA bintang pasukan VR46 Ducati, Fabio Di Giannantonio melakar kejayaan membanggakan apabila muncul pemenang pada Grand Prix (GP) Catalunya 2026 yang penuh dramatik dan dicemari dua insiden kemalangan ngeri, hari ini.

Kemenangan turut menyaksikan pelumba Itali itu menamatkan kemarau kemenangannya selama tiga tahun dan menariknya bersama pasukan berbeza.

Perlumbaan yang dijadual berlangsung 24 pusingan pada mulanya terpaksa dihentikan dengan kibaran bendera merah pada pusingan ke-12 susulan kemalangan menakutkan membabitkan pelumba sensasi, Pedro Acosta dan Alex Marquez.

Turut terbabit dalam kemalangan itu adalah pelumba Trackhouse Aprilia, Raul Fernandez dan Di Giannantonio.

Insiden bermula apabila jentera KTM yang ditunggang Acosta mengalami masalah teknikal dan hilang kuasa ketika keluar dari Selekoh 9, menyebabkan Alex merempuh belakangnya dengan pantas, manakala tangan Di Giannantonio turut tercedera akibat terkena tayar jentera Alex yang melambung.

Perlumbaan dimulakan semula selepas beberapa minit namun ironinya segera dihentikan buat kali kedua sejurus bermula selepas Johann Zarco, Luca Marini dan Pecco Bagnaia bertembung di selekoh pertama yang menyaksikan Zarco terpaksa dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan kaki kiri.

Dan pada perlumbaan yang dipendekkan kepada 12 pusingan, Di Giannantonio yang menahan kesakitan pada tangannya mempamerkan tunggangan kebangkitan luar biasa untuk meraih kemenangan pertamanya sejak 2023.