FABIO Quartararo Kagum Catatan Masa Ujian Di Sepang
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
2/8/20251 min read


JUARA dunia MotoGP 2021, Fabio Quartararo memperoleh kembali 'kegembiraannya' ketika ujian di Sepang.
Selesai tiga hari ujian berjalan, pelumba Monster Yamaha melakukan catatan ke-3 terpantas dan mencatatkan masa terpantasnya di Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS.
Pelumba kelahiran Perancis itu sebelum ini tidak pernah melepasi catatan 1 minit 57 saat (s) di Malaysia tetapi kali ini, catatan yang dilakukannya adalah 1:56.724s.
Secara keseluruhan, hanya empat pelumba yang berjaya mencatat masa bawah 1:57s iaitu Alex Marquex (Gresini Ducati), Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo) dan Franco Morbidelli (VR46 Ducati).
"Amat gembira," kata Quartararo. "Catatan sepusingan terpantas saya ketika kelayakan pada tahun lalu adalah 1 minit 57.5 saat (s) jadi saya fikir jurangnya kini lebih daripada 0.8s.
"Apa yang saya cuba katakan adalah daripada 2019 ke 2024 kami memperbaiki catatan sebanyak 0.6s dan daripada 2024 ke 2025 0.8s. Sudah tentu kami gembira.
"Kami perlu kekal tenang, ia hanya ujian, tetapi saya fikir ia agak bagus.
"Pada tahun lalu ketika ujian Pecco (Francesco Bagnaia melakukan 1:56.6s atau 1:56.5s dan ia adalah hampir sama seperti yang mereka lakukan pada tahun ini, jadi saya fikir kami boleh merasa gembira."
Quartararo menjelaskan 'kesukaran' Yamaha pada musim lalu adalah ketika sesi kelayakan dan bukannya perlumbaan.
"Perkara paling teruk pada musim lalu bukan perlumbnaan. Catatan sepusingan pada musim lalu adalah masalahnya kerana kami sentiasa memulakan perlumbaan amat jauh di belakang dan amat-amat sukar untuk memintas.
"Kini, sebelum saya melakukan catatan masa terpantas, saya tahu saya akan melakukan 1:56s kerana Maio (Massimo Meregalli - Pengurus pasukan Monster Energy Yamaha) berjenaka pada hari pertama kami tiba di sini kami akan melakukan 1:56s, tetapi hari demi hari, kami hampir dan pada akhirnya ia menjadi kenyataan."
