FABIO Quartararo Mahu Kebangkitan Di Mugello

Pelumba bintang Monster Yamaha MotoGP, Fabio Quartararo tidak sabar untuk mengharungi aksi di Mugello, Itali, litar yang dilabel antara kegemarannya pada minggu ini

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

6/19/20251 min read

PELUMBA bintang Monster Yamaha MotoGP, Fabio Quartararo tidak sabar untuk mengharungi aksi di Mugello, Itali, litar yang dilabel antara kegemarannya pada minggu ini.

Selepas menamatkan kemaran podium Yamaha di Jerez, Sepanyol, segalanya tampak tidak menjadi buat pelumba kelahiran Perancis itu pada tiga pusingan terakhir.

Pada aksi di laman sendiri, Le Mans, juara dunia MotoGP 2021 terjatuh pada aksi 'basah' sebelum berdepan masalah jentera di Silverstone dan terjatuh pada perlumbaan di Aragon, Sepanyol.

Quartararo jelas mempunyai memori yang menarik di Mugello di mana dia memperoleh kemenangan pada 2021 - pelumba bukan Ducati terakhir menang di situ - selain podium pada 2022.

"Selepas ujian di Aragon, apa yang diperoleh adalah beberapa komponen yang kami uji sesuai untuk digunakan di Mugello, jadi saya teruja untuk melihat apakah yang akan berlaku," kata Quartararo.

"Saya benar-benar menggemari litar ini, dan cengmana di sini kebiasaannya lebih daripada berbanding Aragon, jadi kita lihat apa yang boleh dilakukan. Kami akan memberikan segala-galanya, seperti biasa."

Rakan sepasukan Quartararo, Alex Rins turut mengakui sesi ujian di Aragon ditamatkan dengan nota positif.