FABIO Quartararo Mahu Lebih 'Dekat' Ketika Perlumbaan

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

5/24/20251 min read

PELUMBA Monster Yamaha MotoGP, Fabio Quartararo enggan meletakkan sasaran menggunung namun terlebih dulu 'merapati' pasukan yang sedang mendominasi kejuaraan ketika ini.

Pelumba kelahiran Perancis itu sekali lagi mencipta kejutan apabila meraih petak utama di Grand Prix (GP) British 2025 di Sliverstone yang juga petak utama ketiga berturut-turut selepas Le Mans dan Jerez.

"Pada pusingan pertama kami mula menjadi pantas, amat pantas," kata Quartararo.

"Keyakinan yang saya ada dengan jentera ini besar, tetapi kami tahu apabila kami melakukan lebih pusingan secara berturut-turut, terutama di sini di mana keadaan tayar lebih kritikan.

"Tetapi saya merasa bagus. Kami melakukan langkah yang bagus dan sudah tentu sasarannya adalah untuk lebih rapat dan rapat ketika perlumbaan."

Pada Perlumbaan GP di Sepanyol, Quartararo menamatkan perlumbaan GP sebagai naib juara tetapi terjatuh ketika Perlumbaan Sprint.

Perlumbaan Sprint di Le Mans menyaksikannya ditolak keluar daripada tiga pelumba Ducati untuk melepasi garisan penamat di tangga ke-4 dalam perlumbaan yang berlangsung dalam keadaan litar basah.