FABIO Quartararo Terpantas Hari Pertama Di Assen, Marc Marquez Dua kali Jatuh!
Jagoan pasukan Monster Yamaha, Fabio Quartararo mencatat masa terpantas pada hari pembukaan MotoGP Grand Prix (GP) Belanda 2025 yang dipenuhi dengan pelbagai 'drama' insiden di Assen
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
6/27/20252 min read


PELUMBA pasukan Monster Yamaha, Fabio Quartararo mencatat masa terpantas pada hari pembukaan MotoGP Grand Prix (GP) Belanda 2025 yang dipenuhi dengan pelbagai 'drama' insiden di Assen, hari ini.
Selepas mengharungi dua pusingan penuh kecewa di Aragon dan Mugello, pelumba kelahiran Perancis itu menunggu sehingga saat akhir untuk mengatasi catatan dibuat Alex Marquez (Gresini Ducati), Pedro Acosta (KTM), Marco Bezzecchi (Aprilia) dan Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo).
Catatan terpantas yang dilakukan juara dunia MotoGP 2021 itu, 1 minit (m) 31.156 saat (s) adalah 0.102s lebih pantas berbanding Alex dengan Acosta melakukan catatan ketiga terpantas.
Pendahulu kejuaraan, Marc Marquez yang juga rakan sepasukan Bagnaia, mengharungi detik mengecewakan apabila terjatuh pada kedua-dua sesi latihan tetapi masih berjaya meletakkan dirinya untuk slot terus ke Kelayakan 2 (Q2) dengan melakukan catatan ke-6 terpantas.
Pelumba VR46 Ducati, Fabio Di Giannantonio melakukan catatan ke-7 terpantas diikuti pelumba Tech3 KTM, Maverick Vinales, Franco Morbidelli (VR46 Ducati) dengan Johann Zarco (Castrol Honda LCR) melengkapkan kedudukan 10 terpantas.
Secara keseluruhan, sembilan pelumba mengalami kemalangan yang turut menyaksikan dua kibaran bendera merah dilakukan steward perlumbaan.
Turut mengalami kemalangan adalah Alex Marquez tetapi kemalangan yang menimpa pelumba Jepun, Ai Ogura (Trackhouse Racing) mungkin paling ngeri yang turut menyaksikan jenteranya terbakar.
Bendera merah kedua dikibarkan berikutan kemalangan menimpa pelumba gantian Aprilia, Lorenzo Savadori.
Selain itu, Fermin Aldeguer (Gresini Racing), Enea Bastianini (Tech3 KTM), Aleix Espargaro (HRC), Zarco, Morbidelli turut terjatuh.
Catatan masa hari pertama GP Belanda 2025
Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), 1'31.156s
Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP24), +0.102s
Pedro Acosta (SPA) Red Bull KTM (RC16), +0.193s
Marco Bezzecchi (ITA) Aprilia Racing (RS-GP25), +0.196s
Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP25), +0.254s
Marc Marquez (SPA) Ducati Lenovo (GP25), +0.299s
Fabio Di Giannantonio (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP25), +0.372s
Maverick Viñales (SPA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), +0.448s
Franco Morbidelli (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP24), +0.592s
Johann Zarco (FRA) Castrol Honda LCR (RC213V), +0.620s
Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP25), +0.621s
Fermin Aldeguer (SPA) Gresini Ducati (GP24)*, +0.649s
Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), +0.675s
Miguel Oliveira (POR) Pramac Yamaha (YZR-M1), +0.786s
Enea Bastianini (ITA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), +0.797s
Jack Miller (AUS) Pramac Yamaha (YZR-M1), +0.836s
Joan Mir (SPA) Honda HRC Castrol (RC213V), +0.867s
Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +1.210s
Lorenzo Savadori (ITA) Aprilia Factory (RS-GP25), +1.296s
Ai Ogura (JPN) Trackhouse Aprilia (RS-GP25)*, +1.461s
Somkiat Chantra (THA) Idemitsu Honda LCR (RC213V)*, +1.958s
Aleix Espargaro (SPA) Honda HRC Castrol (RC213V), +2.093s
