FERMIN Aldeguer Berjaya Bikin Marc Marquez 'Goyang'

Marc Marquez dari Ducati Lenovo, semalam mencipta sejarah dengan memenangi kemenangan berganda ke-6 terturut-turut dan kesembilan MotoGP musim ini selain menamatkan kemarau kemenangannya di Red Bull Ring

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

8/18/20251 min read

 Marc Marquez
 Marc Marquez

PEMENANG perlumbaan MotoGP Grand Prix (GP) Austria 2025, Marc Marquez mengakui bimbang dengan ancaman lewat yang diberikan pelumba 'Rookie', Fermin Aldeguer.

Marquez dari Ducati Lenovo, semalam mencipta sejarah dengan memenangi kemenangan berganda ke-6 terturut-turut dan kesembilan MotoGP musim ini selain menamatkan kemarau kemenangannya di Red Bull Ring.

Selepas memenangi persaingan sengit dengan pelumba Aprilia, Marco Bezzecchi untuk memburu kemenangan, juara dunia lapan kali itu berdepan tekanan daripada Aldeguer di penghujung perlumbaan namun berjaya mengekalkan kedudukannya sehingga garisan penamat.

Menurut Marquez, kebimbangannya itu bukan sekadar pandangan biasa, tetapi bersandarkan kepada data yang diperoleh daripada pelumba Gresini Ducati itu ketika Perlumbaan Sprint pada Sabtu.

"Kali pertama saya melihat dia (Aldeguer) hampir dengan kami adalah apabila seseorang tiba tetapi saya tidak tahu siapa," kata Marquez kepada rancangan After the Flag. "Dan ketika itulah saya memintas Marco, tetapi sebenarnya saya hanya mengawal Marco.

"Apabila saya melihat kumpulan di belakang adalah dua, tiga saat, saya hanya lupa untuk memeriksanya di papan tanda dan kemudian saya melihat tambahan seorang lagi pelumba, saya tidak mengetahuinya.

"Apabila saya menyerang Marco saya melihat ia adalah Aldeguer. Kemudian saya sedikit bimbang, kerana kami menganalisa pelumba-pelumba Ducati semalam dan dia adalah salah seorang pelumba yang dapat mengekalkan tayar dengan baik."

Selepas 13 pusingan, Marquez ketika ini mengumpul keseluruhan 418 mata, dan memiliki kelebihan besar 142 mata di depan pencabar terdekatnya, Alex Marquez yang mengumpul 276 mata.