FIM MiniGP Malaysia, SIC Ohvale 2024: Pendaftaran Dah Dibuka, Tapi Jangan Lambat!

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

1/7/20241 min read

MALAYSIA mencipta kejayaan cukup membanggakan menerusi Qabil Irfan Azlan di Final Kejuaraan Dunia FIM MiniGP World tahun lalu dan ketika ini, kejuaraan yang menjadi 'landasannya' ke perlumbaan berkenaan FIM MiniGP Malaysia 2024 sudah dibuka.

Dan bukan saja kejuaraan FIM MiniGP Malaysia 2024, pendaftaran turut dibuka bagi satu lagi kejuaraan pencarian bakat bawah umur, SIC Ohvale Junior Championship turut dibuka.

Begitupun jangan terlambat kerana pendataran akan ditutup pada 10 Januari ini.

Menurut maklumat daripada pihak penganjur, pemilihan akan dijalankan dalam masa terdekat pada pertengahan Januari 2024 bertempat di Litar Kart Antarabangsa Sepang.

Had umur bagi kategori adalah seperti berikut:

  • SIC Ohvale Junior Championship : 8-10 tahun (160 cc)

  • FIM MiniGP Malaysia 160cc : 10-14 tahun (110 cc)

Begitupun, penyertaan bagi kategori FIM MiniGP Malaysia 190 cc adalah melalui jemputan daripada pihak penganjur.

Penganjuran perlumbaan FIM MiniGP dan SIC Ohvale bagi musim 2024 dijangka akan dijalankan selepas perayaan Aidilfitri 2024.

Untuk kejuaraan FIM MiniGP dan SIC Ohvale, ia dianjurkan oleh krew yang profesional dan berpengalaman.

Ia boleh dikatakan menjadi antara landasan kepada pelumba-pelumba berbakat negara dalam sukan permotoran dua roda untuk menampilkan bakat mereka.

Sebagai info, tiada yuran dikenakan untuk pendaftaran.

Berikut disediakan 'link' untuk pendaftaran kepada yang berminat.

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdwkAvlxqvTyW9XXFpIvJASiiywyVmFMpBo6WugLHyAwj9QTg/viewform?usp=pp_url