FORMASI 'V' Unik 100 Unit Modenas Ninja ZX-25R SE (2023) Ketika Pelancaran, Tempahan Keseluruhan Hampiri 300 Unit!

PELANCARAN

9/14/20231 min read

SEBAGAI tanda ia akan mula 'mengganas' di jalan raya Malaysia, Emos, hari ini mengadakan majlis khas pelancaran rasmi yang turut menjadi simbol penyerahan 100 unit Modenas Ninja ZX-25RE SE (2023) kepada pemilik masing-masing.

Seperti diketahui, Modenas Ninja X-25R SE (2023) ditawarkan pada harga RM 33,900 (asas) tak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insuran. Ia datang bersama dua pilihan warna iaitu:

  • Lime Green/Ebony

  • Metallic Matte Graphenesteel Grey/Ebony

Menjadi antara model yang amat dinanti-nantikan di pasaran, menurut Modenas, permintaan terhadap Modenas Ninja ZX-25R SE (SE) boleh dikatakan menggalakkan sejurus harganya didedahkan.

Dan sehingga kini iaitu kurang sebulan pengumuman harga itu dibuat, pihak Modenas sudah menerima hampir 300 unit tempahan untuk motosikal berkenaan (termasuk 100 unit yang diserah).

Tiba sebagai model terkini di pasaran, Modenas Ninja ZX-25R SE (2023) di Malaysia menariknya turut menggunakan sistem suspensi (fork depan USD) yang dipadankan di varian 'RR' di pasaran negara lain iaitu fork Showa SFF-BP 37 mm.

Selain itu, pilihan warna Lime Green/Ebony atau Kawasaki Racing Team sebenarnya adalah untuk model varian tertinggi sahaja di beberapa negara.

Di bahagian trenkuasa, Modenas Ninja ZX-25R SE (2023) dipacu enjin bersesaran 249 cc, 4 Silinder Sebaris, 16 Injap, DOHC, 4 Lejang, Penyejuk Cecair. Kuasa yang dihamburkan ialah 45 Hp pada 15,500 rpm dan tork 21 Nm pada 13,000 rpm.

Angka kuasa yang dipaparkan mungkin sedikit kecil berbanding angka yang ditunjukkan di pasaran Indonesia berikutan piawaian emisi terbaharu yang digunapakai.

Sebagai jentera paling 250 cc paling berprestasi di pasaran ketika ini, Modenas Ninja ZX-25R SE (2023) turut dipadankan dengan teknologi canggih yang kebiasaan tidak dimiliki pencabar lain dalam kelasnya seperti Power mode, Assist & Slipper clutch, Quick shifter dan Kawasaki Traction Control (KTRC).

Dan lebih menarik, Modenas Ninja ZX-25R SE (2023) yang dipasang di Malaysia bukan saja untuk pasaran tempatan, namun untuk diimport ke negara luar.