FRANCESCO Bagnaia Juara MotoGP Di Austin, MARC Marquez Jatuh!
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
3/30/20252 min read


DERETAN kemenangan pelumba Ducati Lenovo, Marc Marquez berakhir yang menyaksikan rakan sepasukannya, Francesco Bagnaia muncul pemenang Grand Prix (GP) Amerika Syarikat 2025 di Austin, awal pagi tadi.
Sekali lagi tampil dengan pretasi dominan, termasuk meraih petak utama dan memenangi Perlumbaan Sprint di COTA, Marc sekali lagi tampak di ambang untuk meraih kemenangan ke-6 berturut-turut sebelum terjatuh.
Lebih mengecewakan, situasi malang itu terjadi ketika pelumba kelahiran Sepanyol itu sedang memimpin perlumbaan dengan jurang masa yang agak selesa.
Sebelum perlumbaan bermula, Marquez yang memilih menggunakan tayar basah berikutan keadaan hujan di COTA turut mencipta sensasi apabila bertindak berlari ke pit pasukan untuk menukar jenteranya menggunakan tayar kering.
Tidak seperti kebiasaan di mana pelumba duduk di atas pelana, Marc berdiri bersebelahan jenteranya sebelum lari ke garaj pasukan ketika perlumbaan hampir dimulakan.
Apa yang menarik, tindakan Marc turut menyebabkan beberapa pelumba yang turut menggunakan tayar jenis sama seperti Alex Marquez, Fabio di Giannantonio dan Bagnaia untuk melakukan tindakan yang sama.
Dan susulan kekecohan itu, pengelola perlumbaan membuat keputusan untuk menangguhkan sementara pelumbaan dengan mereka yang meninggalkan grid meraih semula posisi asal mereka.
Dan sekali pun Marc tampak cukup selesa dengan memimpin perlumbaan, dia berdepan malang apabila terjatuh. Dan sekalipun cuba bangkit dan meneruskan perlumbaan, keadaan jenteranya yang rosak menghalangnya berbuat demikian.
Sementara itu, Alex Marquez sekali lagi melengkapkan perlumbaan sebagai naib juara.
Begitupun, keputusan itu menyaksikan pelumba Gresini Ducati itu meninggalkan COTA sebagai pendahulu baharu kejuaraan.
Pelumba VR46 Ducati, Fabio Di Giannantonio melengkapkan kedudukan podium.
Ducati turut menguasai empat kedudukan teratas selepas Franco Morbidelli menamatkan perlumbaan di belakang Giannantonio.
Ia diikuti pelumba Pramac Yamaha, Jack Miller, Marco Bezzecchi (Aprilia), Enea Bastianini (KTM Tech3) dan pelumba Honda HRC Castrol, Luca Marini.
Keputusan Perlumbaan MotoGP GP Amerika Syarikat 2025
Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP25), 39m 0.191s
Alex Marquez (SPA) BK8 Gresini Ducati (GP24), +2.089s
Fabio Di Giannantonio (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP25), +3.594s
Franco Morbidelli (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP24), +10.732s
Jack Miller (AUS) Pramac Yamaha (YZR-M1), +11.857s
Marco Bezzecchi (ITA) Aprilia Racing (RS-GP25), +12.238s
Enea Bastianini (ITA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), +12.815s
Luca Marini (ITA) Honda HRC Castrol (RC213V), +15.646s
Ai Ogura (JPN) Trackhouse Aprilia (RS-GP25)*, +16.344s
Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +18.255s
Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), +24.256s
Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP25), +27.938s
Augusto Fernandez (SPA) Pramac Yamaha (YZR-M1), +35.740s
Maverick Vinales (SPA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), +42.724s
Lorenzo Savadori (ITA) Aprilia Factory (RS-GP25), +46.397s
Somkiat Chantra (THA) Idemitsu Honda LCR (RC213V)*, +63.601s
Johann Zarco (FRA) Castrol Honda LCR (RC213V), +2 laps
Fermin Aldeguer (SPA) BK8 Gresini Ducati (GP24)*, DNF
Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), DNF
Marc Marquez (SPA) Ducati Lenovo (GP25), DNF
Joan Mir (SPA) Honda HRC Castrol (RC213V), DNF
Pedro Acosta (SPA) Red Bull KTM (RC16), DNF
