FRANCO Morbidelli Terpantas Hari Kedua, Marc Marquez Jatuh!
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
2/6/20252 min read


PELUMBA VR46 Ducati, Franco Morbidelli mengungguli hari kedua ujian pra-musim di Sepang yang tampil lebih 'tenang' berbanding semalam yang menyaksikan tiga pelumba termasuk juara dunia, Jorge Martin terpaksa menamatkan sesi ujian lebih awal.
Selain Martin yang bersama Aprilia Racing, pelumba Trackhouse Aprilia, Raul Fernandez dan pelumba VR46 Ducati, Fabio Di Giannantonio turut berdepan nasib sama.
Menjadi salah seorang daripada tiga pelumba Ducati yang dijadual menggunakan jentera Ducati GP24 musim ini, Morbidelli melakukan catatan terpantas 1 minit (m) 57.210 saat (s).
Bekas rakan sepasukannya di Yamaha, Fabio Quartararo yang mencatat masa terpantas semalam melakukan catatan kedua terpantas 1m57.324s.
Dan menariknya, dua lagi pelumba Ducati yang menggunakan Ducati GP24 musim ini, Alex Marx dan rakan sepasukannya di Gresini Ducati, Fermin Aldeguer melakukan catatan ke-3 dan ke-4 terpantas.
Aldeguer yang juga salah seorang daripada 3 pelumba 'rookie' MotoGP musim ini begitupun hanya melakukan 26 pusingan pada hari ini.
Melengkapkan catatan lima terpantas adalah naib juara musim lalu dari Ducati Lenovo, Francesco Bagnaia.
Turut berdepan situasi apabila turut terbabas di perangkap batu kerikil, apa yang dilalui oleh rakan sepasukan Bagnaia, Marc Marquez lebih 'menakutkan' apabila terjatuh di selekoh ke-9.
Begitupun, kemalangan yang berlaku dalam tempoh 15 minit sebelum sesi berakhir itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan dengan Marquez sekadar melakukan catatan ke-14 terpantas dengan 1m58.447s.
Joan Mir meneruskan kebangkitan Honda apabila melakukan catatan ke-6 terpantas diikuti Pedro Acosta yang menjadi pelumba terbaik untuk KTM.
Marco Bezzecchi menjadi pelumba terbaik Aprilia dengan melakukan catatan ke-9 terpantas (1m57.995s) dengan pelumba Australia, Jack Miller (Pramac Yamaha) melengkapkan kedudukan 10 terbaik.
Berikut adalah catatan pada hari kedua ujian pra-musim di Sepang.
Franco Morbidelli (ITA) Pertamina Enduro VR46, Ducati GP24, 1:57.210
Fabio Quartararo (FRA) Monster Energy Yamaha, Yamaha YZR-M1, 1:57.324
Alex Marquez (ESP) Gresini Racing, Ducati GP24, 1:57.340
Fermin Aldeguer (ESP) Gresini Racing, Ducati GP24, 1:57.545
Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo Team, Ducati GP25, 1:57.652
Joan Mir (ESP) Honda HRC Castrol, Honda RC213V, 1:57.791
Pedro Acosta (ESP) Red Bull KTM Factory Racing, KTM RC16, 1:57.805
Miguel Oliveira (POR) Prima Alpine Pramac Yamaha, Yamaha YZR-M1 1:57.971
Marco Bezzecchi (ITA) Aprilia Racing, Aprilia RS-GP, 1:57.995
Jack Miller (AUS) Prima Alpine Pramac Yamaha, Yamaha YZR-M1, 1:58.005
Brad Binder (RSA) Red Bull KTM Factory Racing, KTM RC16, 1:58.132
Johann Zarco (FRA) Castrol Honda LCR, Honda RC213V, 1:58.138
Alex Rins (ESP) Monster Energy Yamaha, Yamaha YZR-M1, 1:58.275
Marc Marquez (ESP) Ducati Lenovo Team, Ducati GP25, 1:58.447
Luca Marini (ITA) Honda HRC Castrol, Honda RC213V, 1:58.518
Maverick Vinales (ESP) Red Bull KTM Tech3, KTM RC16, 1:58.524
Enea Bastianini (ITA) Red Bull KTM Tech3, KTM RC16, 1:58.532
Ai Ogura (JAP) Trackhouse Racing, Aprilia RS-GP, 1:58.611
Augusto Fernandez (ESP) Yamaha Test Team, KTM RC16, 1:58.697
Somkiat Chantra (THA) Idemitsu Honda LCR, Honda RC213V, 1:59.038
Michele Pirro (ITA) Ducati Lenovo Team, Ducati GP25, 1:59.406
Lorenzo Savadori (ITA) Aprilia Racing, Aprilia RS-GP, 1:59.771
