GALERI Imej 'Intip' Modenas Ninja ZX25R SE (2023) Yang Bakal Buat Kemunculan Minggu Depan
TULAR
9/8/20231 min read


BUKAN rahsia pengedar rasmi jenama Kawasaki di Malaysia, Emos bakal melancarkan jentero 'Sportbike' suku liter 4 silinder paling 'hangat', Modenas Ninja ZX25R SE (2023) minggu depan.
Pelancaran berkenaan dijadual berlangsung di Sentul Depot pada 14 September depan dan jenmputan rasmi kepada media dan tetamu, termasuk pembeli bertuah sudah pun diedarkan.
Dijual pada harga RM 33,900 (asas) tak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insuran, Dua pilihan warna ditawarkan iaitu Lime Green/Ebony dan
Metallic Matte Graphenesteel Grey/Ebony.
Kepada yang tak tahu, sebelum ini, Modenas pernah menayangkan Kawasaki Ninja ZX-25R di beberapa acara dan menjadi 'bintang' namun ia hanya contoh dan bukan model yang bakal menerjah ke pasaran tempatan.
Begitupun pada hari ini, kami di MotoDotMy bertuah untuk melihat sendiri versi Modenas Ninja ZX-25R SE (2023) yang bakal dilancarkan kelak.
Seperti biasa, ia diambil di satu lokasi rahsia yang tak boleh didedahkan.
Mengulas ringkas trenkuasa, Modenas Ninja ZX-25R SE (2023) dipacu enjin bersesaran 249 cc, 4 Silinder Sebaris, 16 Injap, DOHC, 4 Lejang, Penyejuk Cecair. Kuasa yang dihamburkan ialah 45 Hp pada 15,500 rpm dan tork 21 Nm pada 13,000 rpm.
Sebagai jentera paling 250 cc paling berprestasi di pasaran ketika ini, Modenas Ninja ZX-25R SE (2023) turut dipadankan dengan teknologi canggih yang kebiasaan tidak dimiliki pencabar lain dalam kelasnya seperti Power mode, Assist & Slipper clutch, Quick shifter dan Kawasaki Traction Control (KTRC).
Kepada yang berminat untuk menjadi pemilik terawal Modenas ZX-25R SE (2023), anda boleh kunjungi pengedar sah Kawasaki All-Star seluruh Malaysia dengan tempahan masih lagi dibuka.
Untuk maklumat lebih lanjut, boleh layari laman sesawang https://www.kawasaki.com.my/kawasaki/all-star.
Setakat ini, menurut maklumat, hanya pembeli yang membayar secara tunai mendapat jemputan berkenaan. Apapun, jom layan galeri gambar yang kami sempat ambil itu terlebih dulu.


















