GANDINGAN Marquez, Bagnaia Dan Rossi, Lorenzi Setanding

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

1/18/20251 min read

PENGURUS Ducati Lenovo, Davide Tardozzi berkata barisan pelumbanya di MotoGP bagi kempen 2025, Marc Marquez dan Francesco Bagnaia setanding dengan gandingan Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo di Yamaha.

Selepas Marquez enggan menyertai pasukan satelit bagi 2025, pengeluar Itali itu terpaksa menyisihkan Jorge Martin sebelum pelumba Sepanyol itu menjuarai gelaran dunia pada musim 2024.

Tampak tidak terlalu terkesan dengan situasi itu, keputusan menyaksikan Ducati memiliki gabungan pelumba yang mempunyai lapan gelaran dunia di MotoGP dan 11 gelaran dalam kelas berbeza.

Tardozzi ketika ditemuramah media Sepanyol, AS berkata gandingannya itu boleh dibandingkan dengan Rossi dan Lorenzo di Yamaha.

"Saya fikir pasukan seperti hanya boleh dibandingkan dengan Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo,” kata Tardozzi.

"Saya tidak fikir ada pasukan lain dalam sejarah berada di tahap ini.

"Saya fikir Marc adalah pelumba yang hebat kerana dia juga adalah individu yang hebat, bagi saya dia mempunyai kebijaksanaan untuk mendengar dan memberi pandangan.

"Dia mempunyai visi yang global yang memberikannya kemampuan untuk bersedia untuk segala-galanya. Untuk menjadi pelumba yang hebat, kamu juga perlu menjadi individu yang hebat. Jika tidak ia adalah kelemahan."