GAYA, Teknologi Aras Tinggi, Harga 'Sedap' Didengar, Inilah Moto Morini X-Cape 1200!

Di bahagian trenkuasa, Moto Morini X-Cape 1200 dipadankan dengan enjin V2 Corsa Corta EVO 1,187 cc, 2 Silinder dengan transmisi 6 kelajuan klac manual

TERKINI

12/20/20252 min read

PASARAN motosikal khususnya dalam segmen 'Adventure touring' tempatan mendapat 'kejutan' apabila pihak MForce Bike melancarkan model aras tingginya dalam segmen berkenaan Moto Morini X-Cape 1200 untuk pasaran Malaysia.

Apa yang mengejutkan adalah itu adalah sekali pun diposisikan dalam kelas aras tinggi, harga jualan yang diumumkan cukup menarik - RM 49,888 (asas).

Tindakan MForce Bike dan Moto Morini itu sekaligus menjadikan Moto Morini X-Cape 1200 motosikal adventure touring aras tinggi yang lengkap dengan pelbagai ciri teknologi menarik dengan harga paling rendah dalam pasaran.

Sebagai jenama yang memiliki kaitan dengan itali, salah satu perkara yang tidak boleh dinafikan adalah rekaan Moto Morini X-Cape 1200 memang tidak kalah dengan jenama gergasi lain.

Di bahagian trenkuasa, Moto Morini X-Cape 1200 dipadankan dengan enjin V2 Corsa Corta EVO 1,187 cc, 2 Silinder dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.

Kuasa yang dihamburkan adalah sebesar 125 Hp pada 9,000 rpm dan tork 105 Nm pada 7,000 rpm.

Dihasilkan untuk menyaingi model aras tinggi lain, Moto Morini X-Cape 1200 hadir dengan pakej elektronik moden termasuk sistem elektronik berasaskan IMU 6-paksi yang membolehkan fungsi cornering ABS, Kawalan Cengkaman lebih tepat mengikut sudut condongan motosikal.

Sistem IMU ini juga menyokong pelbagai mod tunggangan dinamik, memastikan prestasi enjin dan kawalan tayar disesuaikan dengan keadaan jalan.

Selain itu, Moto Morini X-Cape 1200 menawarkan radar-assisted cruise control, menjadikannya cukup kompetitif dalam segmen adventure touring dan pakej elektronik ini menjadikan X-Cape 1200 bukan sekadar jentera berkuasa besar, tetapi sebuah model yang setaraf pesaing premium.

Ciri-ciri lain termasuklah penggunaan panel meter TFT 7 inci berwarna, sistem pencahayaan LED penuh dengan DRL, serta sambungan port USB untuk kemudahan pengecasan.

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan ABS generasi baharu, yang diperkukuh oleh sistem ‘dash-cam’ depan dan bahagian belakang pula dilengkapi dengan radar bagi fungsi pengesanan ‘blind spot’, ciri sama turut ada beberapa model aras tinggi termasuk di Eropah.

Komponen premium lain untuk model yang menggunakan kerangka jenis trellis ini adalah seperti brek kaliper Brembo (depan) yang dipadankan dengan cakera berkembar 320 mm dan cakera tunggal 280 mm belakang.

Info lain adalah seperti berikut:

  • Fork USD boleh laras (depan), penyerap hentak tunggal (belakang)

  • Rm lidi bersaiz 19-inci depan dan 17-inci belakang

  • Kapasiti tangki bahan api 23 liter

  • Tinggi pelana 860 mm sementara berat bersih adalah

  • Jarak lega bumi

  • Berat 245 kg

Menurut MForce, Moto Morini X-Cape 1200 dijadual akan mula tiba di cawangan pengedar rasmi MForce Bike seluruh negara seawal Januari 2026.