Gaya Tunggangan WorldSBK Rencat Potensi Toprak Razgatlioglu Di Silverstone

Pada perlumbaan Grand Prix (GP) British 2026, pelumba pasukan Pramac Yamaha Toprak Razgatlioglu menamatkan saingan di antara pelumba ujian KTM Pol Espargaro dan pelumba ujian Yamaha, Augusto Fernandez

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

8/11/20261 min read

TOPRAK Razgatlioglu mengakui Litar Silverstone mendedahkan kelemahan membabitkan gaya tunggangannya bagi menyesuaikan diri dengan jentera kelas perdana MotoGP.

Pada perlumbaan Grand Prix (GP) British 2026, pelumba pasukan Pramac Yamaha itu menamatkan saingan di antara pelumba ujian KTM Pol Espargaro dan pelumba ujian Yamaha, Augusto Fernandez serta ketinggalan lebih 40 saat di belakang pemenang, Raul Fernandez.

Selain itu, juara dunia 3 kali WorldSBK itu turut ketinggalan 10 saat di belakang rakan sepasukan, Jack Miller.

Mengulas situasi itu, pelumba asal Turki itu mendedahkan karakter selekoh laju dan panjang di Silverstone menuntutnya mengubah teknik tunggangan, di mana dia perlu menunggu masa yang lebih tepat untuk menegakkan semula jentera berbanding gaya kebiasaannya.

"Ini sangat sukar bagi saya sekarang kerana saya sentiasa membawa gaya tunggangan Superbike. Bagi selekoh perlahan yang memerlukan teknik berhenti dan tegakkan jentera, saya menunggang dengan jauh lebih baik, tetapi gaya di selekoh panjang ini perlu saya pelajari segera," kata Razgatlioglu.

Menganggapnya sebagai perlumbaan yang buruk secara peribadi, Razgatlioglu begitupun memilih untuk kekal positif dan fokus kepada pengalaman yang diraih demi mempersiapkan diri mengadunkan gaya tunggangan dengan jentera serta tayar Pirelli pada musim hadapan.