GEGARAN Jadi Lagi Teruk - Fabio Quartararo

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

6/9/20251 min read

PELUMBA Monster Yamaha, Fabio Quartararo mendedahkan masalah gegaran jentera Yamaha M1 bertambah teruk ketika perlumbaan MotoGP Grand Prix (GP) Aragon 2025 dan kesulitan yang terjadi menyebabkannya berdepan kemalangan.

Selepas tiga pusingan yang kompetitif termasuk meraih petak utama, juara dunia MotoGP 2021 itu bergelut di Aragon pada kedua-dua perlumbaan Sprint dan GP.

Quartararo berkata, dia tidak menjangkakan isu gegaran akan terus 'menghantuinya' selepas menukar kompaun tayarnya daripada 'soft' ke medium yang menyaksikannya terjatuh ketika berada di posisi ke-10 di selekoh pertama pusingan ke-13.

"Sama seperti semalam (kelmarin - Perlumbaan Sprint). Gegaran di belakang. Terkunci di bahagian depan, tiada cengkaman," kata Quartararo.

"Cengkaman bertambah baik pusingan demi pusingan, tetapi gegaran amat, amat teruk dan saya tidak boleh menunggang. Dan memberi tekanan lebih sedikit kami akan kehilangan (kawalan) bahagian depan.

"Ia agak aneh, kerana jika kami melakukan pusingan yang singkat, atau empat pusingan ia ok. Tetapi selepas lima, enam pusingan, jentera mula untuk bergegar dengan teruk, dan ia semakin teruk.

"Ia (datang) daripada sesuatu yang kami benar-benar belum tahu puncanya. Dengan tayar lembut ia kadang-kadang berlaku dan dengan tayar medium, tidak tidak pernah menjangkakannya untuk berlaku ketika perlumbaan tetapi hari ini (semalam) ia berlaku.

"Jadi ia benar-benar aneh. Ia tidak pernah terjadi dua kali berturut-turut. Kami perlu memahami apakah puncanya. Ia benar-benar situasi yang aneh."

Sekalipun kecewa dan menyifatkan pakej di Aragon sebagai 'amat buruk', pelumba kelahiran Perancis itu percaya pasukannya akan berusaha mencari jalan penyelesaian.

"Perkara ini bagi saya adalah adalah titik di mana kami dapat melihat potensi kami dan melihat di mana kami berada," katanya.

"Sesetengah litar kami lebih baik, sesetengah litar kami teruk, tetapi ini adalah litar yang amat penting untuk melihat potensi kamni dan ia amat buruk," kata Quartararo.

"Jadi saya fikir kami memerlukan peningkatan yang banyak. Perjalanan masih jauh, tetapi saya fikir Mugello dan Assen adalah litar yang kami boleh menjadi lebih laju."