GERAN RM 2,400 MARiiCas Dah Boleh Ditebus, Ini Antara Model Tersedia Di Malaysia!

TERKINI

12/9/20231 min read

SEPERTI diketahui, Skim Galakan Motosikal Elektrik atau kini dikenali MARiiCas yang diumumkan oleh kerajaan bagi pembelian motosikal elektrik yang menawarkan rebat RM 2,400 bermula, semalam.

Menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), MARiiCas yang ikelolakan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dibuka kepada rakyat yang memiliki pendapatan tahunan bawah RM 120,000.

Skim itu dilaksanakan selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dengan menggalakkan peralihan dengan kerajaan menerusi pelan berkenaan merancang untuk memperoleh sejumlah 10,000 unit jualan motosikal elektrik menjelang 2025.

Melihat kepada laman web rasmi MARiicas, sejumlah lapan jenama terbabit dengan skim itu iaitu Modenas, Superlux, RydeEV, Legatus, Eclimo, Ebixon, Blueshark dan Treeletrik.

Daripada lapan jenama berkenaan, begitupun hanya beberapa jenama memiliki penawaran tersedia dan dilancarkan secara rasmi ketika ini antaranya daripada Eclimo, Ebixon dan Blueshark.

Selain daripada jenama yang disebut dan tersenarai dalam laman web MARiiCas, ada dua jenama tidak disenarai namun mempunyai tawaraan iaitu BMW Motorrad dan MForce menerusi Yadea.

Kedua-dua penawaran daripada BMW Motorrad dan MForce (Yadea) sudah pun dilancar di pasaran tempatan tersedia untuk dibeli pengguna dan diluluskan oleh pihak bertanggungjawab untuk digunakan di jalan raya Malaysia. Selain itu, beberapa jenama utama seperti Yamaha sudah pun memperkenalkan penawaran di peringkat global namun belum di Malaysia.

Tidak diketahui sama ada BMW dan MForce (Yadea) tersenarai dalam skim berkenaan namun berikut adalah senarai motosikal/skuter elektrik yang sudah dilancarkan dan tersedia untuk pasaran ketika ini.

BLUESHARK

  • Blueshark R1 Lite: RM 7,190 (1 Bateri), RM 14,800 (2 Bateri)

  • Blueshark R1 (Regular): RM 9,390 (1 Bateri), RM 12,600 (2 Bateri)

EBIXON

  • TailG Ebixon Bold: RM 9,000

  • TailG Ebixon Torq: RM 14,888

ECLIMO

  • Eclimo ES11 Basic: RM 10,501

  • Eclimo ES-11 Pro: RM 14,500

  • Eclimo ES-11 Delivery: RM 14,500

  • Eclimo ES-11 Utility: RM 14,700

YADEA

  • Yadea E8S Pro: RM 5,999

BMW MOTORRAD

  • BMW Motorrad CE04: RM 59,500

*Harga semasa dan ketika pelancaran

Maklumat lanjut mengenai MARiiCas di link ini MARiiCas