GIACOMO Agostini Percaya Masalah Pecco Bagnaia Berpunca Daripada Mental

Pandangan Giacomo Agostini itu disuarakannya ketika pertemuan majlis makan malam Hall of Fame MotoGPdi Misano, September lalu, yang turut dihadiri bekas pelumba handalan antaranya Valentino Rossi, Jorge Lorenzo dan Dani Pedrosa

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

3/13/20261 min read

LEGENDA Itali, Giacomo Agostini percaya kemerosotan prestasi yang dialami juara dunia MotoGP dua kali, Francesco Bagnaia pada musim lalu banyak didorong oleh faktor mental berbanding isu teknikal jentera.

Perkara itu keluar daripada mulut Agostini ketika pertemuan majlis makan malam Hall of Fame di Misano, September lalu, yang turut dihadiri bekas pelumba handalan seperti Valentino Rossi, Jorge Lorenzo dan Dani Pedrosa.

Selepas mengharungi kemarau podium selama empat pusingan berturut-turut, kemuncak kemerosotan Bagnaia adalah apabila dia gagal mengutip sebarang mata di hadapan penyokong sendiri di Misano.

Memetik temubual itu, Agostini menjelaskan kepada Vale yang masalah yang dialami oleh Bagnaia adalah membabitkan mental.

"Dia (Bagnaia) sudah hilang sedikit semangat... kekuatan mental adalah segala-galanya."

Sementara itu, pandangan Lorenzo sedikit berbeza malah turut membandingkan gaya tunggangan Bagnaia dengan dirinya sendiri suatu ketika dahulu.

"Dia perlukan segala-galanya berada di tempat yang betul," kata Lorenzo. "Dia seorang pelumba yang sangat tepat dengan gaya tunggangan yang sangat kemas. Tetapi apabila ada sesuatu yang dia tidak suka, dia akan bergelut."