DUCATI tidak bimbang dengan cabaran hadir daripada pencabar-pencabarnya dalam kempen MotoGP musim depan.
Begitupun, pengeluar Itali yang tampil dengan dominasi cukup besar pada musim ini berkata apa yang menjadi cabaran adalah pencabarnya itu menyenaraikan barisan pelumba lebih baik berbanding sebelum ini.
Ducati menenangi 19 daripada 20 perlumbaan Grand Prix musim lalu dan menjuarai gelaran dunia kategori pengeluar dan pelumba.
Selepas tampil dengan lapan pelumba pada musim ini, Ducati akan mengurangkan jenteranya kepada enam pada musim 2025 selepas Pramac menyertai Yamaha.
Selain itu, jumlah jentera berstatus 'kilang' turut berkurangan daripada empat kepada tiga tetapi bagi Dall’Igna yang memegang jawatan Pengarah Urusan Ducati Corse, ia bukan satu masalah.
"Sejujurnya, tidak," kata Dall’Igna memetik laporan Crash.net. "Tetapi masalah sebenar adalah apa yang pengeluar lain ada, saya fikir, pelumba-pelumba yang lebih baik.
"Kerana pada sebelum ini kamu melihat beberapa pasukan, sebagai contoh Aprilia meningkat daripada dua jentera ke empat, dan keputusan yang diraih lebih kurang sama.
"Masalah sebenar adalah Martin meninggalkan kami untuk menyertai pasukan lain, perkara saya berlaku kepada Enea (Bastianini). Saya fikir ini adalah perbezaan antara 2024 dan 2025."
Dall’Igna dalam pada itu menjelaskan yang memiliki tiga jentera Ducati GP25 musim depan yang akan ditunggang Francesco Bagnaia, Marc Marquez dan Fabio Di Giannantonio adalah keputusan terbaik.
"Dengan tiga jentera kamu boleh kekal kepada tiga pada musim berikutnya, jadi ia jelas lebih bagus daripada sudut ekonomi.
"Dan daripada sudut teknikal, ia bukanlah satu kelebihan untuk mempunyai empat jentera 'kilang' berbanding tiga."