GILIRAN QJMotor SRK 250S (2025) Dilancarkan, Lagi 'Naked Bike' Bawah RM 10k?
Pernah diuar-uarkan sebelum ini, QJMotor SRK 250S (2025) tampil dengan rekaan yang boleh dikatakan 'kacak' tetapi apa yang mungkin paling menarik perhatian adalah penawaran harganya 'marhaen'
TERKINI
8/7/20251 min read


QJMOTOR Malaysia dikatakan bakal melancarkan satu lagi penawaran menarik ke pasaran tempatan pada hujung minggu ini dalam segmen 'Naked bike' suku liter, QJMotor SRK 250S (2025).
Sekalipun tidak didedahkan secara rasmi, QJMotor Malaysia menerusi laman sosial rasminya ketika ini giat menayangkan imej siluet sebuah model motosikal baharu yang tampak seperti QJMotor SRK 250S (2025).
Pernah diuar-uarkan sebelum ini, QJMotor SRK 250S (2025) tampil dengan rekaan yang boleh dikatakan 'kacak' tetapi apa yang mungkin paling menarik perhatian adalah penawaran harganya iaitu dikatakan bawah RM 10k.
Jika melihat kepada spesfikasi motosikal sama di pasaran global, QJMotor SRK 250S (2025) dipacu oleh enjin bersesaran 249.2 cc, 1 Silinder, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.
Kuasa dihamburkan 27.9 Hp pada 9,500 rpm dan tork 22.5 Nm pada 7,250 rpm.
Ciri-Ciri menarik:
⦁ Fork depan jenis terbaik (USD)
⦁ Brek cakera 300 mm (depan) dan 240 mm (belakang) lengkap ABS
⦁ Panel meter LCD digital
⦁ Tangki bahan api 12.5 liter
⦁ Panel meter TFT berwarna
Dengan berat keseluruhan ialah 148 kg, ia menjadikan QJMotor SRK 250S antara 'Naked bike' paling ringan dalam kelasnya.
