GOODYEAR Malaysia Tutup Kilang Shah Alam, 550 Pekerja Terkesan!

TERKINI

3/7/20241 min read

GOODYEAR Malaysia mengumumkan penutupan kilang pengeluarannya di Shah Alam berkuatkuasa 30 Jun 2024 dengan proses berkenaan dijadual selesai sepenuhnya menjelang hujung tahun ini.

Menurut Goodyear dalam satu kenyataan, penutupan itu

dibuat selaras dengan langkah strategik terbaru di bawah 'Program transformasi' syarikat berkenaan iaitu 'Goodyear Forward.'

Menerusi hebahan berkenaan, Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang menjelaskan langkah itu diambil bagi menurunkan kos operasi tahunan syarikat sebanyak AS $1 bilion (RM 4.73 bilion) dalam usahanya untuk kekal kompetitif dan menjadi peneraju industri.

Malangnya, langkah berkenaan dijangka memberi kesan kepada 550 pekerja.

Goodyear dalam pada itu menjelaskan syarikat itu komited untuk memastikan pekerja dan rakan kongsinya diuruskan dengan baik ketika proses berkenaan.

Berdasarkan info, ada sekitar 180 kedai Goodyear AutoCare di negara ini.

syarikat Goodyear mula bertapak di Tanah Malaya pada 1927 dengan pembukaan ibu pejabat Goodyear Sales Company di Singapura.

Antara catatan bersejarah dilakar syarikat itu adalah ia menjadi pembekal tayar pertama untuk kereta nasional pertama Proton Saga pada tahun 1985.