GRAND Prix (GP) Barcelona yang turut dikenali sebagai GP Solidarity dan pusingan penutup tirai kempen MotoGP 2024 dinamakan sebagai 'GP Terbaik' bagi musim ini oleh Persatuan Pasukan MotoGP (IRTA).
GP Barcelona atau nama panjangnya 'Motul Solidarity Grand Prix Barcelona' seperti diketahui adalah venue yang menjadi pengganti kepada Valencia yang mengalami kerosakan susulan bencana banjir yang melanda wilayah berkenaan.
Valencia termasuk Litar Ricardo Tormo berdepan kerosakan terus susulan banjir yang berlaku ketika GP Malaysia.
Ia sepatutnya berlangsung 10 hari selepas pusingan ke-19 di Sepang berakhir.
Dan ia turut menjadi lokasi bersejarah yang menyaksikan Jorge Martin dari Pramac Ducati dinobatkan sebagai juara dunia MotoGP.
Kejayaan itu menyaksikan Martin menjadi pelumba satelit pertama menjulang gelaran elit itu pada era MotoGP moden.
"Kami amat berbangga bagaimana sukan ini dapat bersatu di Barcelona," kata Presiden IRTA, Herve Poncharal.
"Impak yang menarik daripada perlumbaa GP Solidarity GP berlumba untuk Valencia adalah sesuatu yang kami semua sumbangkan, dan ia adalah usaha yang menakjubkan untuk menganjurkan acara pada tahap ini dengan masa yang cukup singkat menjadikannya lebih unik.
"Untuk itu saja ia dinamakan sebagai GP Terbaik, tetapi juga acsara yang benar-benar menyentuh pelbagai tahap dalam apa juga cara.
"Sejarah juga tercipta apabila pelumba pasukan satelit memenangi gelaran dunia MotoGP, dengan tiket habis terjual, segala-gala di paddock tersusun berjalan lancar seperti kami mengadakan perancangan selama berbulan-bulan."
Secara keseluruhan, sejumlah 62,123 peminat datang menyaksikan perlumbaan pada Ahad di Catalunya dengan keseluruhan 134,848 peminat.