GP Qatar Paling Penting Musim Ini - Marc Marquez
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
4/14/20251 min read


MARC Marquez melabel Grand Prix (GP) Qatar 2025 - kempen yang ditamatkan sebagai juara berganda sebagai minggu terpenting bagi kempen MotoGP musim ini.
Pelumba Ducati Lenovo itu sebelum ini mengakui menjangkakan akan bergelut di Losail, litar yang pernah ditawan hanya sekali dalam kempen MotoGP pada 2014.
Begitupun, realitinya tidak seperti itu apabila juara dunia lapan kali itu menyapu bersih petak utama, Perlumbaan Sprint dan GP ketika pencabar utamanya terus tercicir mata.
"Saya amat gembira, terutama kerana bagi saya, ia adalah minggu paling penting pada musim ini," kata Marquez.
"Kerana Thailand, Argentina, Austin adalah litar yang bagus untuk saya tetapi di sini adalah litar pertama yang saya berkata 'Ok', mungkin saya akan bergelut sedikit'.
"Dan saya tahu yang Pecco (Bagnaia) dan Alex (Marquez) dan (Fabio) Di Giannantonio dan beberapa lagi pelumba amat laju di sini.
"Tetapi saya bekerja amat keras sepanjang minggu. Saya melakukan peningkatan di selekoh pantas kanan, yang amat penting."
Marquez dalam pada itu mendedahkan dia sebenarnya tidak bimbang apabila dua mampu dicabar pelumba lain pada awal perlumbaan kerana ia adalah sebahagian daripada perancangannya.
"Dan seperti yang kita lihat ketika perlumbaan, saya melakukan strategi yang berbeza kerana saya sedang menguruskan tayar depan saya," katanya. "Saya tahu dengan melakukannya mungkin Pecco atau merapati saya kerana saya memperlahankan jentera agak banyak.
"Morbidelli mendahului tetapi saya tidak kisah. Saya hanya mengawal tayar depan saya kerana saya tidak mampu menunggang pada had saya kerana gaya tungganggan saya memberi tekanan kepada tayar depan dengan banyak."
