GP Sepanyol 2024 Milik 'Pecco' Bagnaia, Marc Marquez Kedua

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

4/28/20242 min read

DUCATI menyapu bersih kedudukan podium Pusingan 4 MotoGP Grand Prix (GP) Sepanyol 2024 diketuai penyandang juara dunia dari pasukan 'kilang' Ducati Lenovo, Francesco Bagnaia.

Dalam perlumbaan penuh menarik di Jerez itu, Bagnaia yang memulakan aksi di petak ke-7 berjaya menempatkan diri di posisi kedua seawal pusingan pertama untuk menghambat pelumba Gresini Ducati, Marc Marquez.

Situasi Marquez bertambah sukar apabila dia terpaksa mengisi kedudukan keempat selepas dipintas Pecco, Jorge Martin (Pramac Ducati) dan Marco Bezzecchi (VR46 Ducati).

Pemenang Perlumbaan Sprit, Martin kemudian mengambil alih posisi pendahulu daripada Pecco dan selepas memimpin selama beberapa pusingan, malang menimpa pelumba Sepanyol itu apabila dia terjatuh ketika perlumbaan berbaki 15 pusingan.

Tampak selesa di depan, Pecco begitupun pada penghujung perlumbaan tidak senang duduk di depan apabila dicabar hebat Marquez malah satu ketika bersentuhan dan berjaya dipintas juara dunia lapan kali itu.

Tetapi, pelumba kelahiran Itali itu tampak cukup tenang menghadapi saingan Marquez dan berjaya melintas garisan penamat sebagai juara.

Melengkapkan perlumbaan di tangga ketiga adalah Bezzecchi yang juga podium pertamanya musim ini.

Seperti Perlumbaan Sprint, semalam, aksi turut 'dihiasi' dengan drama insiden dengan lapan pelumba tidak menamatkan perlumbaan termasuk pemenang podium Sprint, Dani Pedrosa yang beraksi menerusi tiket 'Wildcard'.

Pelumba bukan Ducati terbaik melintasi garisan penamat di kedudukan ke-6 menerusi Brad Binder (Red Bull KTM).

Dalam pada itu, Joan Mir menjadi pelumba daripada pasukan pengeluar Jepun terbaik dengan menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-12.

Pusingan 4 MotoGP 2024 dijadual berlangsung di Litar Le Mans, Perancis pada 10 hingga 12 Mei depan.

Keputusan Perlumbaan MotoGP GP Sepanyol 2024

  1. Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP24), 40m 58.053 saat (s)

  2. Marc Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23), +0.372s

  3. Marco Bezzecchi (ITA) VR46 Ducati (GP23), +3.903s

  4. Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23), +7.205s

  5. Enea Bastianini (ITA) Ducati Lenovo (GP24), +7.253s

  6. Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +7.801s

  7. Fabio Di Giannantonio (ITA) VR46 Ducati (GP23), +10.063s

  8. Miguel Oliveira (POR) Trackhouse Aprilia (RS-GP24), +10.979s

  9. Maverick Vinales (SPA) Aprilia Racing (RS-GP24), +11.217s

  10. Pedro Acosta (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16)*, +20.762s

  11. Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP23), +23.508s

  12. Joan Mir (SPA) Repsol Honda (RC213V), +23.584s

  13. Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), +28.452s

  14. Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V), +29.049s

  15. Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +32.015s

  16. Stefan Bradl (GER) Honda Test Rider (RC213V), +41.433s

  17. Luca Marini (ITA) Repsol Honda (RC213V), +43.323s

Augusto Fernandez (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16), DNF

Jack Miller (AUS) Red Bull KTM (RC16), DNF

Franco Morbidelli (ITA) Pramac Ducati (GP24), DNF

Lorenzo Savadori (ITA) Aprilia Racing (RS-GP24), DNF

Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP24), DNF

Johann Zarco (FRA) LCR Honda (RC213V), DNF

Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Racing (RS-GP24), DNF

Daniel Pedrosa (SPA) Red Bull KTM (RC16), DNF