GRACSHAW Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Dilancarkan, RM 490!

PELANCARAN

2/25/20251 min read

GRACSHAW Malaysia terus meningkatkan penawaran helmet edisi istimewanya dengan melancarkan Gracshaw Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba yang bertemakan beberapa watak-watak utama anime popular Jepun itu.

Empat versi diperkenalkan yang mewakili beberapa karatker popular anime yang terkenal di seluruh dunia itu termasuk watak utama, Tanjiro Kamado, Nezuko Kamado Kyojuro Rengoku dan Tengen Uzui.

Untuk meningkatkan rasa istimewa, hanya 3,000 unit Gracshaw Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba dihasilkan khusus untuk pasaran Malaysia dan dijual pada harga RM 490.

Dan setiap pembelian akan turut menerima bag istimewa Demon Slayer serta pelekat istimewa bertemakan anime berkenaan.

Dari sudut corak grafik dan skema warna yang digunakan, ia tampil menggambarkan karakter dengan versi Tanjiro Kamado hadir dengan skema warna hijau dan hitam seperti jubah kimono yang dipakainya dalam anime berkenaan.

Untuk versi Nezuko Kamado, ia menggunakan tema berwarna merah jambu manakala Kyojuro Rengoku tampil dengan tema api dan Tengen Uzui tampil dengan corak grafik yang bertemakan muzik.

Menurut Gracshaw Malaysia, syarikat itu memutuskan untuk menjalinkan kerjasama dengan francais anime berkenaan disebabkan permintaan yang tinggi daripada peminatnya.

Dan mereka turut menggunakan model Gracshaw Gennex berikutan kualiti yang dimiliki siri berkenaan dengan saiz tersedia adalah dari M sehingga XXXL.

Kepada yang berminat, Gracshaw Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba sudah pun berada di cawangan pengedar Gracshaw seluruh negara.