GRACSHAW Rasmi Concept Store Pertama Di Malaysia, Unik, Berbeza!
Pembukaan GRACSHAW Concept Store adalah sebahagian daripada hasrat syarikat itu untuk bergelar bukan saja pengeluar helmet terkemuka tempatan, namun dalam usaha GRACSHAW menjengah ke peringkat global
PELANCARAN
12/14/20251 min read


GRACSHAW Malaysia, selepas kira-kira sebulan memperkenalkan identiti baharunya terus mengorak langkah apabila merasmikan Concept Store pertamanya yang bertempat di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Menurut syarikat itu, pembukaan GRACSHAW Concept Store ini adalah sebahagian daripada hasrat mereka untuk bergelar bukan saja pengeluar helmet terkemuka tempatan, namun dalam usaha menjengah ke peringkat antarabangsa.
Untuk GRACSHAW Concept Store pertama ini, ia dioperasikan oleh 'pemain' jualan aksesori motosikal terkemuka khususnya di bahagian utara iaitu Hock Lee Motor.
Seperti falsafah terbaharu GRACSHAW yang mengangkat budaya jalanan atau 'Street-riding', ia adalah kedai satu tingkat dengan reka dalaman yang boleh dikatakan unik dan berbeza daripada kebiasaan.
Dan syarikat itu mengalu-alukan kehadiran penggemar atau rider di seluruh negara untuk merasai pengalaman jualan di kedai berkenaan.
Selain menjual pelbagai rangkaian helmet GRACSHAW termasuk model terbaharu seperti GENNEX II, GLAIVE dan GLADEON, GRACSHAW Concept Store ini turut menjual pelbagai aksesori menunggang khususnya membabitkan helmet seperti Balaclava, Ear Plugs dan Visor.
Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan GRACSHAW, Chiong Sai Weng berkata pembukaan GRACSHAW Concept Store menjadi salah satu pencapaian syarikat itu.
Menurutnya, selain pusat jualan, ia juga berfungsi sebagai destinasi untuk komuniti GRACSHAW merasai sendiri produk, aksesori eksklusif serta elemen 'Street riding' yang menjadi inspirasi jenama itu.
Lebih menarik katanya, syarikat itu merancang untuk menganjurkan beberapa lagi acara dalam usaha mereka mengukuhkan lagi hubungan GRACSHAW dengan komuniti kuhususnya street riding.











