GRACSHAW Tampilkan Helmet Edisi Terhad Gracshaw X DC, 6 Varian Antaranya Superman, Batman, Harga RM 460!

TERKINI

1/4/20241 min read

GRACSHAW Malaysia sekali lagi mencipta 'panas' dengan menghasilkan helmet edisi terhad Gracshaw X DC yang seperti namanya, tampil dengan corak grafik bertema watak-watak ikonik popular komik popular berkenaan.

Secara keseluruhan, enam varian helmet edisi terhad Gracshaw X DC diperkenalkan yang menampilkan corak grafik yang mengambil inspirasi daripada watak Superman, Batman, Wonder Woman, Aquaman, The Flash dan The Joker.

Untuk helmet edisi terhad Gracshaw X DC Superman, Batman, The Flash dan The Joker, hanya 1,500 unit dihasilkan.

Manakala untuk varian Aquaman dan Wonder Woman, peruntukan penghasilannya adalah sebanyak 500 unit.

Dan setiap satu dijual pada harga RM 460.

Seperti model-model edisi terhad daripada Gracshaw sebelum ini, setiap pembelian didatangkan dalam kotak khas yang dilengkapi dengan beg pembawa eksklusif, sijil ketulenan dan pelekat unik yang diilhamkan DC.

Tidak sekadar cantik semata-mata, Gracshaw X DC yang diambil daripada model Gennex ini turut lengkap dengan pensijilan SIRIM untuk kegunaan harian di jalan raya.

Saiz untuk helmet ini pula bermula dari M hingga XXXL.

Menurut Gracshaw Malaysia, helmet edisi khas DC ini hanya akan dijual di 30 pengedar terpilih di seluruh Malaysia.

Kepada yang berminat, helmet edisi terhad Gracshaw X DC ini mulai dijual pada 10 Januari 2024.

Sebelum ini, Gracshaw pernah tampil dengan beberapa model edisi khas antaranya Japan Edition dan Ultraman.

Sebagai info, Gracshaw Double Site Marketing Sdn Bhd adalah antara syarikat yang terbabit dalam bidang pembuatan topi keledar dan aksesori yang berkualiti dari Malaysia dan sudah ditubuhkan sejak 2006.