GRACSHAW X Mobile Suit Gundam Dilancarkan, 3 Versi, RM 498!
3 versi Gracshaw x Mobile Suit Gundam dihasilkan berdasarkan 3 watak ikonik anime berkenaan daripada siri asal 1979 iaitu RX-78-2 Gundam, ZAKU II dan Char’s ZAKU II dan dihasilkan terhad 3,000 unit
PELANCARAN
9/8/20261 min read


PENGELUAR helmet terkemuka negara, Gracshaw melancarkan koleksi edisi terhad terbaharunya hasil kerjasama dengan francais animasi terkenal Jepun, Mobile Suit Gundam.
3 versi dihasilkan berdasarkan 3 watak ikonik anime berkenaan daripada siri asal 1979 iaitu RX-78-2 Gundam, ZAKU II dan Char’s ZAKU II dan dihasilkan terhad 3,000 unit untuk ketiga-tiga versi.
Dijual pada harga tanda harga RM 498 seunit, helmet Gracshaw x Mobile Suit Gundam menggunakan model Gracshaw Glaive iaitu helmet jenis jet 'open-face' dengan sistem visor berkembar.
Lebih istimewa, setiap helmet edisi khas Gracshaw x Mobile Suit Gundam didatangkan secara standard dengan komponen 'rear ducktail'.
Perincian mengenai jumlah helmet yang dihasilkan mengikut model adalah seperti berikut:
Gracshaw RX-78-2 Gundam (1,500 unit)
Gracshaw Char’s Zaku II (1,000 unit)
Gracshaw MS-06F Zaku II (500 unit)
Sebagai cara untuk menambah nilai eksklusiviti Gracshaw x Mobile Suit Gundam, setiap pembelian akan disertakan bersama kad edisi terhad bernombor siri pengeluaran, beg helmet, pelekat, kad jenama, manual pengguna serta kotak pembungkusan khas mengikut edisi rekaan masing-masing.
Kesemua helmet Gracshaw x Mobile Suit Gundam sudah mendapat pensijilan kelulusan SIRIM dan ditawarkan dalam pelbagai pilihan saiz bermula S, M, L, XL hingga 2XL.





