GRAND Prix Austria 2024 Milik Francesco Bagnaia
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
8/18/20242 min read
FRANCESCO Bagnaia merangkul kemenangan MotoGP ketujuhnya musim ini selepas menampilkan dominasi penuh di Grand Prix (GP) Austria 2024 yang juga kejayaan berganda buat penyandang juara dunia itu di Red Bull Ring.
Kemenangan pelumba Ducati Lenovo itu turut menyaksikan Ducati sekali lagi menyapu bersih kedudukan podium yang ditawarkan dengan Jorge Martin dari pasukan Pramac Ducati meraih tempat kedua.
Rakan sepasukan Bagnaia, Enea Bastianini melengkapkan kedudukan di podium.
Memulakan perlumbaan di petak kedua, Bagnaia begitupun tak memerlukan masa lama untuk memintas Martin seawal pusingan pertama dan tidak lagi menoleh ke belakang selepas itu.
Begitupun, nasib malang menimpa Marc Marquez yang memulakan perlumbaan di petak ketiga selepas jenteranya mengalami masalah mekanikal di permulaan perlumbaan.
Lebih mengecewakan, Marquez turut bergesel dengan Franco Morbidelli yang menyaksikannya tercicir ke kedudukan ke-13.
Tidak mahu menyerah kalah, juara dunia lapan kali itu yang terjatuh ketika mengisi tempat kedua di Perlumbaan Spritn berjaya bangkit dan melepasi garisan penamat di kedudukan keempat.
Kemenangan turut menyaksikan Bagnaia mengekalkan kedudukannya sebagai pendahulu carta kejuaraan MotoGP dengan kelebiha lima mata.
Pelumba 'tuan rumah' di Red Bull Ring, Brad Binder menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima selepas berjaya mengatasi cabaran Marc Bezzecchi dari VR46 yang terpaksa berpuas hati di kedudukan ketujuh.
Pelumba Aprilia terbaik menjadi milik Maverick Vinales dengan rakan sepasukannya yang merangkul podium pada aksi Sprint, semalam iaitu Aleix Espargaro di kedudukan ke-9.
Menariknya, pelumba terbaik 'Japan Cup' berjaya dimenangi pelumba LCR Honda, Takaaki Nakagami yang melepasi garisan penamat di tempat ke-14.
Pelumba terbaik Yamaha dirangkul Alex Rins di kedudukan ke-16 dengan kemarau tanpa mata Luca Marini berterusan selepas pelumba Repsol Honda itu menamatkan aksi dengan status 'DNF'.
Pusingan ke-12 MotoGP dijadual berlangsung di Aragon, Sepanyol pada penghujung bulan ini.
Berikut keputusan perlumbaan MotoGP GP Austria 2024
Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP24), 42m 11.173s
Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP24), +3.232s
Enea Bastianini (ITA) Ducati Lenovo (GP24), +7.357s
Marc Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23), +13.836s
Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +18.620s
Marco Bezzecchi (ITA) VR46 Ducati (GP23), +21.206s
Maverick Vinales (SPA) Aprilia Racing (RS-GP24), +24.322s
Franco Morbidelli (ITA) Pramac Ducati (GP24), +27.677s
Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Racing (RS-GP24), +28.829s
Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23), +30.268s
Pol Espargaro (SPA) Red Bull KTM (RC16), +30.526s
Miguel Oliveira (POR) Trackhouse Aprilia (RS-GP24), +30.702s
Pedro Acosta (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16)*, +33.736s
Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V), +36.310s
Augusto Fernandez (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16), +36.522s
Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), +37.571s
Joan Mir (SPA) Repsol Honda (RC213V), +40.432s
Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +43.788s
Jack Miller (AUS) Red Bull KTM (RC16), +44.134s
Lorenzo Savadori (ITA) Aprilia Racing (RS-GP24), +44.576s
Johann Zarco (FRA) LCR Honda (RC213V), +54.126s
Stefan Bradl (GER) HRC Test Team (RC213V), +54.923s