GRID MotoGP 2025. Siapa Dah Ada Kontrak, Siapa Belum?

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

6/25/20242 min read

MARCO Bezzzecchi menjadi pelumba terbaharu di grid melengkapkan kontrak bagi kempen MotoGP 2025 selepas menurunkan tandatangannya kepada Aprilia, semalam.

Mengikuti pengesahan pelumba Itali itu, tiga pasukan berstatus 'kilang' kini sudah melengkapkan senarai pelumba bagi musim depan yang bermula dengan KTM, Ducati dan Aprilia.

Dua lagi pasukan berstatus 'kilang' dari Jepun, Yamaha dan Honda masing-masing masih mempunyai satu lagi kekosongan.

Daripada enam pasukan satelit yang beraksi di MotoGP, hanya satu pasukan sudah melengkapkan senarai pelumba bagi kempen 2025 iaitu Tech3 KTM menerusi Maverick Vinales dan Enea Bastianini.

LCR Honda juga sudah mengisi satu kekosongan menerusi Johann Zarco tetapi menariknya, tiada satu daripada tiga pasukan satelit Ducati - Pramac, Gresini dan VR46 sudah memiliki senarai pelumba tahun depan.

Situasi Pramac dan VR46 - yang kontrak bersama Ducati berakhir pada tahun ini juga menarik untuk disaksikan dengan salah satu pasukan berkemungkinan bertukar jentera.

Selain itu, pasukan satelit Aprilia, Trackhouse juga masih belum melengkapkan senarai nama bagi musim depan dan nampaknya masih bermain 'tarik tali' sama ada ingin menyenarai pelumba berpengalaman atau memihak kepada pemilikan pasukan.

Begitupun dengan pengesahan Bezzecchi ke Aprilia, serta 'deadline' untuk menandatangani kontrak baharu semakin hampir, teka-teki membabitkan situasi berkenaan dijangka akan diselesaikan tidak lama lagi.

Dan berikut adalah situasi semasa membabitkan kontrak barisan pelumba grid MotoGP ketika ini.

Ducati Lenovo (Factory)

  • Francesco Bagnaia (Kontrak Ducati, Penghujung 2026)

  • Marc Marquez (Kontrak Ducati, Penghujung 2026)

Pramac Ducati (Satelit)

  • Belum Ditentukan

  • Belum Ditentukan

Gresini Ducati (Satelit)

  • Belum Ditentukan

  • Belum Ditentukan

VR46 Ducati (Satelit)

  • Belum Ditentukan

  • Belum Ditentukan

Red Bull KTM (Factory)

  • Brad Binder (Kontrak KTM, Penghujung 2026)

  • Pedro Acosta (Kontrak KTM, Beberapa tahun)

Tech3 KTM (Satelit)

  • Maverick Vinales (Kontrak KTM, Beberapa tahun)

  • Enea Bastianini (Kontrak KTM, Beberapa tahun)

Aprilia Racing (Factory)

  • Jorge Martin (Kontrak Aprilia, Beberapa tahun)

  • Marco Bezzecchi (Kontrak Aprilia, Beberapa tahun)

Trackhouse Aprilia (Satelit)

  • Belum Ditentukan

  • Belum Ditentukan

Repsol Honda (Factory)

  • Luca Marini (Kontrak Honda, Penghujung 2025)

  • Belum Ditentukan

LCR Honda (Satelit)

  • Johann Zarco (Kontrak Honda, Penghujung 2025)

  • Belum Ditentukan

Monster Yamaha (Factory)

  • Fabio Quartararo (Kontrak Yamaha, Penghujung 2026)

  • Belum Ditentukan

Ada kontrak 2025

  • Fermin Aldeguer (Kontrak Ducati, Belum Diketahui)

Kontrak berakhir hujung 2024

  • Alex Rins, Monster Yamaha (Kontrak Yamaha)

  • Joan Mir, Repsol Honda (Kontrak Honda)

  • Jack Miller, Red Bull KTM (Kontrak KTM)

  • Alex Marquez, Gresini Ducati (Kontrakl Gresini)

  • Franco Morbidelli, Pramac Ducati (Kontrak Ducati4)

  • Fabio di Giannantonio, VR46 (Kontrak VR46)

  • Miguel Oliveira, Trackhouse Aprilia (Kontrak Aprilia)

  • Raul Fernandez, Trackhouse Aprilia (Kontrak Aprilia)

  • Augusto Fernandez, Red Bull Tech3 GasGas (Kontrak KTM)

  • Takaaki Nakagami, LCR Honda Idemitsu (Kontrak Honda)

Bersara

  • Aleix Espargaro (Aprilia Racing, Penghujung 2024)