HAFIZH Syahrin Sah Tak Berlumba Di WSBK Itali Minggu Ini, Alami Kecederaan Ketika Ujian Suzuka 8 Hours Di Jepun!

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

7/13/20231 min read

TIADA kelibat pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah di Pusingan 7 Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) di Imola hujung minggu ini selepas pasukannya, Petronas MIE Racing Honda menamakan penggantinya bagi aksi di Itali itu.

Hafizh Syahrin terlepas aksi di Litar Imola atau nama 'penuhnya', Autodromo Internazionale Dino e Enzo Ferrari di Imola selepas mengalami kecederaan ketika sesi ujian perlumbaan 'Endurance' Suzuka 8 Hours yang berlangsung awal bulan ini.

Dan kekosongan yang ditinggalkan Hafizh akan diisi pelumba tuan rumah, Roberto Tamburini, menurut memetik laporan dalam laman web rasmi WSBK dan laman web MIE Racing Honda.

Difahamkan, bekas pelumba MotoGP negara itu mengalami kemalangan pada hari pertama sesi ujian di Suzuka dalam ujian yang berlangsumng selama dua hari itu.

Untuk Suzuka 8 Hours, Hafizh berlumba bersama pasukan AutoRace Ube Racing Team yang menggunakan jentera Suzuki GSX-R1000R.

Difahamkan, kecederaan yang dialami Hafizh agak serius tetapi tanpa 'gejala neurologi'.

Setakat ini, Hafizh mengekalkan prestasi mengutip mata dalam setiap perlumbaan dan terakhir di Donington Park, UK.

Sedikit info mengenai Tamburini, pelumba tuan rumah itu sememangnya berpengalaman luas dan beraksi bersama pasukan Yamaha dalam WSBK tahun lalu.