HAKIM Danish Akui Perlu Perbaiki Tunggangan, Keserasian Dengan Jentera

Pelumba negara, Hakim Danish Ramli yang dijadual menghadapi Pusingan 3 Kejuaraan Dunia FIM JuniorGP (JrGP) 2025 yang berlangsung di Magny-Cours, Perancis pada minggu ini

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

7/2/20251 min read

Hakim danish
Hakim danish

PELUMBA muda berbakat negara, Hakim Danish Ramli mengakui masih banyak 'kerja rumah' yang perlu dibuat menjelang Pusingan 3 Kejuaraan Dunia FIM JuniorGP (JrGP) 2025 yang berlangsung di Magny-Cours, Perancis pada minggu ini.

Selepas dua pusingan JrGP berlangsung yang membabitkan tiga perlumbaan, pelumba berusia 17 tahun itu menghuni tangga ke-4 carta kedudukan pelumba.

Ia hasil satu kedudukan naib juara yang diperoleh di Estoril, Portugal pada aksi pembukaan sebelum kempen sedikit mengecewakan di Jerez, Sepanyol yang menyaksikannya menamatkan Perlumbaan 1 di tempat ke-9 dan ke-5 pada Perlumbaan 2.

Mengulas mengenai gelanggang yang bakal dihadapinya di Perancis, pelumba pasukan SIC Racing-MSi itu menjelaskan dia sudah menjalani ujian di liter sepanjang 4.4 liter itu pada bulan lalu dan mengakui ia litar yang sukar.

"Bagi saya, litar ini agak teknikal dan saya masih perlu memperbaiki tunggangan serta mencari tetapan yang lebih sesuai," kata Hakim Danish. "Jadi harapan saya agar segala-galanya berjalan lancar minggu ini."

Sebagai rekod, carta kedudukan teratas JrGP 2025 ketika ini diisi pelumba Sepanyol, Brian Uriarte yang juga pencabar utama Hakim dalam kempen Red Bull MotoGP Rookies Cup daripada pasukan UAX Seventytwo Artbox dengan mengumpul 75 mata.

Pelumba Finland, Rico Salmela (Estrella Galicia 0’0) yang mengumpul 52 mata di tempat kedua manakala pelumba Itali, Leonardo Zanni dari Finework MIR Racing Team di kedudukan ketiga dengan 39 mata.